Lebih 10 lagi cawangan Mr DOLLAR dibuka tahun ini

Lebih 10 lagi cawangan Mr DOLLAR dibuka tahun ini

KUALA LUMPUR – MR D.I.Y. Group (M) Berhad berhasrat membuka 10 hingga 15 lagi cawangan anak syarikatnya, Mr. DOLLAR di seluruh negara tahun ini.

Ketua Pemasaran Mr D.I.Y. Group, Alex Goh berkata, secara purata pihaknya akan membuka sekurang-kurangnya satu kedai setiap bulan bagi tujuan membantu lebih ramai rakyat Malaysia mendapatkan barangan keperluan isi rumah pada harga yang berpatutan.

“Setakat ini kita sudah mempunyai 54 cawangan Mr. DOLLAR, dengan menawarkan 14,000 produk melibatkan makanan, minuman dan keperluan isi rumah.

“Walaupun jenama ini baru dilancarkan pada Ogos 2020 selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Satu, kami mampu bergerak pantas di sebalik situasi ekonomi semasa disebabkan model perniagaan harga tetap yang ditawarkan pada RM2 dan RM5.

“Jadi, inilah kekuatan Mr. DOLLAR, harga tetap dan kekal sama walaupun banyak industri lain menaikkan harga,” katanya ketika ditemui pemberita di cawangan Mr. DOLLAR, Seri Kembangan, di sini pada Rabu.

Alex Goh. - Foto Sinar Harian MOHD HALIM ABDUL WAHID

Alex Goh. – Foto Sinar Harian MOHD HALIM ABDUL WAHID

Ditanya sama ada kumpulan tersebut turut berhasrat membuka cawangan Mr Dollar di luar negara, Goh berkata, buat masa ini tiada perancangan berhubung cadangan tersebut.

“Ini kerana kita hanya ingin fokus di Malaysia terlebih dahulu. Setiap tahun kita akan buka lebih 10 cawangan Mr Dollar,” ujarnya.

Dalam perkembangan sama, beliau turut mengakui rakyat masih menghadapi tekanan dan beban untuk berbelanja keperluan harian berikutan pandemik Covid-19.

“Kos pengangkutan, kekurangan tenaga kerja dan terkini krisis Rusia – Ukraine membuatkan harga minyak melambung tinggi.

Pengamal media turut diberi peluang berbelanja di Mr. DOLLAR dengan baucer tunai yang ditawarakn. - Foto Sinar Harian MOHD HALIM ABDUL WAHID

Pengamal media turut diberi peluang berbelanja di Mr. DOLLAR dengan baucer tunai yang ditawarakn. – Foto Sinar Harian MOHD HALIM ABDUL WAHID

“Semua ini memberi kesan kepada harga barangan dan tidak dinafikan banyak peruncit lain terpaksa menaikkan harga untuk meneruskan kelangsungan perniagaan.

“Bagaimanapun, Mr. DOLLAR akan berusaha bertahan dan tidak menaikkan harga barangan kerana fokus kita adalah untuk membantu rakyat,” katanya.

Tanpa menjejaskan kualiti atau pengalaman membeli-belah, Alex berkata, pihaknya akan terus menawarkan produk berdasarkan permintaan pelanggan dan juga barang berjenama terkenal seperti Nestle, Maggi, Oreo dan Coca Cola.

Katanya, jenama terbabit menawarkan pelbagai jenis produk dalam 10 kategori iaitu coklat dan manisan, snek dan biskut, bahan-bahan masakan, barangan runcit dan minuman.

Goh ketika ditemui pemberita di cawangan Mr. DOLLAR, Seri Kembangan, di sini pada Rabu. - Foto Sinar Harian MOHD HALIM ABDUL WAHID

Goh ketika ditemui pemberita di cawangan Mr. DOLLAR, Seri Kembangan, di sini pada Rabu. – Foto Sinar Harian MOHD HALIM ABDUL WAHID

Selain itu mereka turut menyediakan produk bakeri, makanan sejuk beku, keperluan rumah, perkakasan, serta alat tulis, mainan dan sukan yang setiap satunya berharga RM2 atau RM5.

Sumber