LaLaport pertama Asia Tenggara dibuka di Malaysia

LaLaport pertama Asia Tenggara dibuka di Malaysia

SYARIKAT hartanah terkemuka Jepun, Mitsui Fudosan Co Ltd menerusi anak syarikatnya di Malaysia, MFBBCC Retail Mall Sdn Bhd telah membuka pusat beli-belah Lalaport pertama di Asia Tenggara di Bukit Bintang City Centre, Kuala Lumpur pada 20 Januari lepas.

MFBBCC dalam satu kenyataan berkata, pusat beli belah yang dikenali sebagai Mitsui Shopping Park LaLaport Bukit Bintang City Centre (LaLaport BBCC) itu menampilkan gaya hidup yang berasal dari Jepun dengan bertemakan Modern Simplicity dan Japanese Flavour.

“Dengan tema berinspirasikan alam semula jadi, LaLaport BBCC menempatkan sebanyak 400 kedai yang dibuka secara berperingkat.

“Pelbagai jenama terkenal dari Jepun turut disediakan, antaranya Nitori (kedai perabot), Nojima (kedai peralatan digital dan perkakas rumah) dan Coo&RIKU (kedai haiwan dengan gabungan kafe kucing,” kata kenyataan itu pada Selasa.

LaLaport BBCC bukan sahaja menawarkan pelbagai pilihan kedai makanan, fesyen, gaya hidup dan kecantikan, malah ia juga menawarkan pengalaman kepada pelanggan untuk menikmati aliran dalam dan luar pusat beli-belah.

Pengunjung mengunjungi Lalaport BBCC sempena pembukaan pada 20 Januari lalu.

Pengunjung mengunjungi Lalaport BBCC sempena pembukaan pada 20 Januari lalu.

“Anda boleh memilih berjalan-jalan di Central Rooftop Garden (L4) atau pilih untuk melawat WOW PLAZA (GF) untuk memperoleh pengalaman menakjubkan,” katanya.

Sempena pembukaan, Lalaport BBCC turut mengadakan kempen ‘Belanja dan Menang 2022’.

“Bermula 20 Januari hingga 27 Februari, pelanggan yang membelanjakan sekurang-kurangnya RM300 dan ke atas di kedai yang berbeza berpeluang memenangi Hadiah Utama Toyota Corolla Cross serba baharu bernilai RM140,000!

“Secara keseluruhan, sebanyak 80 hadiah utama disediakan daripada syarikat seperti Sony, Garmin, North Face, Sunglass & Visionworld, Herschel, Salomon dan Evolcare,” katanya.

Sumber