Kumpulan Hijrah buktikan kemampuan teknologi tempatan

Kumpulan Hijrah buktikan kemampuan teknologi tempatan

USAHAWAN tempatan seringkali berdepan cabaran besar dalam mengembangkan lagi perusahaan mereka untuk terus kekal berdaya saing dan duduk sebaris bersama produk-produk antarabangsa.

Dalam memastikan sokongan pengguna khususnya menerusi Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM), usahawan tempatan perlu berfikir di luar kotak bagi memastikan produk mereka sentiasa kekal relevan dan menjadi pilihan orang ramai.

Hijrah Nature Herbs telah melakukan inovasi terhadap produk cecair pembasmi kuman organik sejak empat tahun lalu.

Hijrah Nature Herbs telah melakukan inovasi terhadap produk cecair pembasmi kuman organik sejak empat tahun lalu.

Pengerusi Kumpulan HIJRAH, Mohamad M. Said turut mengakui perkara itu dan beranggapan usahawan tempatan khususnya pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) perlu lebih berinovasi dalam menghasilkan sesuatu produk untuk memastikan sokongan pengguna menerusi KBBM.

“Kalau kita tengok di pasaran sekarang, banyak perusahaan jalankan perniagaan sama sahaja dan tidak menampakkan kelainan dalam produk mereka.

“Contoh, kalau seorang jual tempe, semua jual tempe. Sebab itu, bagi saya usahawan kita kena lebih berinovasi supaya dapat bersaing dengan produk-produk lain,” katanya.

Cipta kelainan untuk lariskan pasaran

Operasi di kilang Hijrah Nature Herbs yang terletak di Bandar Baru Tangkak, Johor.

Operasi di kilang Hijrah Nature Herbs yang terletak di Bandar Baru Tangkak, Johor.

Mengambil contoh perusahaan dijalankannya, Mohamad berkata, sewaktu awal menubuhkan syarikatnya, Hijrah Nature Herbs pada tahun 2012 lalu, dia telah mengambil kira aspek inovasi dalam penghasilan setiap produk-produk mereka yang akan dipasarkan kepada pengguna.

Beliau berkata, langkah tersebut bertujuan untuk memberikan kelainan terhadap produk dihasilkan mereka dengan turut menyediakan beberapa manfaat tambahan lain.

“Sebagai contoh, sebelum ini, kami merancang untuk keluarkan susu pisang malah seperti kita tahu, ramai syarikat dah keluarkan susu itu dengan jenama masing-masing.

“Jadi untuk tarik minat pengguna, kami telah berinovasi dengan menghasilkan susu yang menggunakan ekstrak pisang berangan dan sweetener sebagai penganti gula, malah ia juga bagus untuk diminum oleh pelajar sekolah serta ibu mengandung,” katanya.

Antara produk keluaran Hijrah Nature Herbs yang memiliki sijil halal dan buatan Malaysia.

Antara produk keluaran Hijrah Nature Herbs yang memiliki sijil halal dan buatan Malaysia.

Dalam pada itu, Mohamad berkata, pihaknya giat melakukan inovasi menerusi proses kajian dan pembangunan (RND) produk yang dijalankan di kilang mereka di Bandar Baru Tangkak, Johor.

Malah, Mohamad berkata, sejak empat tahun lalu lagi, syarikatnya juga sudah menghasilkan dan memasarkan cecair pembasmi kuman organik yang tidak menggunakan sebarang kandungan bahan kimia atau alkohol.

“Bagi saya, untuk sesuatu produk itu mendapat sambutan, usahawan perlu berfikir ke hadapan dalam memberikan nilai tambah terhadap produk-produk dihasilkan mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad memaklumkan aspek rangkaian juga merupakan kompenan penting buat usahawan-usahawan tempatan yang baru ingin mula bertapak dalam memastikan sokongan pengguna khusus menerusi KBBM.

Mohamad berkata, sejak awal beroperasi, pihaknya sudah mewujudkan rangkaian yang kukuh sehingga kini dapat menghasilkan sembilan produk di bawah perusahaannya itu.

“Bagi tarik minat pengguna, usahawan sendiri perlu tampil dengan kelainan dan rangkaian yang kukuh malah, itulah yang kami telah lakukan dari awal penubuhan syarikat ini untuk memastikan semua produk mendapat sokongan daripada pembeli tempatan khususnya,” katanya.

Adaptasi pendigitalan dalam perniagaan

Hijrah Water Merupakan satu-satunya kilang penapis air 100 peratus milik bumiputera di Malaysia.

Hijrah Water Merupakan satu-satunya kilang penapis air 100 peratus milik bumiputera di Malaysia.

Sementara itu, Pengarah Urusan Hijrah Water Sdn. Bhd (HWSB), Syafiq Hamzi berkata, usahawan tempatan akan lebih mendapat sokongan pengguna sekiranya mereka memberi fokus terhadap aspek pemasaran produk masing-masing terutamanya menerusi semua platform media sosial.

Dengan kos yang minima, Syafiq berkata, media sosial dapat menjadi medium terbaik buat usahawan tempatan bagi menguar-uarkan kelebihan produk mereka.

“KBBM ini adalah insiatif yang sangat baik kerana ia turut membantu ekonomi usahawan tempatan namun bagi memastikan kempen ini mencapai objektif, mereka sendiri perlu berubah ke medium digital bagi mempromosikan produk mereka,” katanya.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai kepentingan digitalisasi dalam perniagaan, Syafiq berkata, pihaknya sebelum ini turut berdepan cabaran dalam menarik sokongan pengguna sewaktu mula bertapak pada tahun 2006 lalu.

Penapis Air Hijrah Water semakin mengembangkan perniagaan dan mempunyai kilang sendiri di Tangkak, Johor.

Penapis Air Hijrah Water semakin mengembangkan perniagaan dan mempunyai kilang sendiri di Tangkak, Johor.

Teknologi tempatan tak kurang hebatnya

Syafiq, berharap agar pengguna dapat memberi peluang kepada usahawan tempatan menerusi KBBM ini bagi membuktikan produk mereka juga setanding dengan keluaran antarabangsa.

Syafiq, berharap agar pengguna dapat memberi peluang kepada usahawan tempatan menerusi KBBM ini bagi membuktikan produk mereka juga setanding dengan keluaran antarabangsa.

Sebagai pengilang sistem penapis halal dan 100 peratus milik bumiputera, Syafiq berkata, syarikatnya sebelum ini pernah terpalit dengan beberapa gelaran tidak sihat antaranya seperti penunggang agama dan sebagainya.

“Bila kita berbicara bab halal dalam penapis air, masih ramai pengguna yang tidak tahu bahawa penapis air juga perlu Halal kerana wujud penapis air yang diperbuat dari tulang haiwan dan disebabkan itu kami terpalit dengan istilah penunggang agama dan sebagainya.

“Namun selepas kita buat penerangan secara jelas khusus di media sosial dan media massa, Alhamdulillah kesedaran itu makin meningkat,” katanya.

Sejak itu, Syafiq berkata, perusahaan penapis air yang dihasilkan mereka terus mendapat sokongan pengguna malah turut meraih lebih 18 pengiktirafan dalam mahupun luar negara dan pensijilan kualiti oleh SIRIM dan JAKIM.

Di antara anugerah dan pensijilan yang diterima oleh Hijrah Water di Peringkat dalam mahupun luar negara.

Di antara anugerah dan pensijilan yang diterima oleh Hijrah Water di Peringkat dalam mahupun luar negara.

Ujar Syafiq, selain media sosial, usahawan tempatan juga perlu yakin dalam memastikan produk mereka berbaloi untuk dibeli oleh pengguna.

“Sebab itulah, RND amat penting dalam pemasaran produk untuk pastikan kita dapat kekal bersaing khususnya dengan produk luar” katanya.

Tambah Syafiq, pihaknya juga berharap agar pengguna dapat memberi peluang kepada usahawan tempatan menerusi KBBM ini bagi membuktikan produk mereka juga setanding dengan keluaran antarabangsa dan mana-mana individu yang berminat untuk menyertai Hijrah Water sebagai agen jualan, pengambilan agen sedang di buka sekarang.

#kempenbelibaranganmalaysia

#barangbaikbarangkita

#belanjauntukmalaysia

#Kpdnhep



Sumber