Kuih Raya Dari Hati sasar buat 25,000 biji kuih

Kuih Raya Dari Hati sasar buat 25,000 biji kuih

Orang ramai bersama-sama menjayakan acara Kuih Raya Dari Hati untuk menyumbangkan kuih itu kepada golongan yang memerlukan.

Orang ramai bersama-sama menjayakan acara Kuih Raya Dari Hati untuk menyumbangkan kuih itu kepada golongan yang memerlukan.

CADBURY Dairy Milk dan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) memperkenalkan acara Kuih Raya Dari Hati dengan menyasarkan pembuatan 25,000 biji kuih untuk disumbangkan kepada golongan kurang berkemampuan sempena Aidilfitri tahun ini.

Menerusi acara tersebut, orang ramai akan bersama-sama membuat kuih Tart Cadbury dengan menggunakan bahan yang telah pun disediakan oleh pihak penganjur.

Menurut Pengarah Urusan Mondelēz International Malaysia dan Singapura, Narmeen Khan, acara Kuih Raya Dari Hati ini dilancarkan demi mengukuhkan persaudaraan melalui pembuatan kuih dan menyemai sifat pemurah dalam diri.

Barisan tetamu kehormat bergambar pada sesi pelancaran Majlis Cadbury Dairy Milk x Mydin Kuih Raya Dari Hati yang berlangsung di Mydin USJ pada Isnin. - Foto SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID

Barisan tetamu kehormat bergambar pada sesi pelancaran Majlis Cadbury Dairy Milk x Mydin Kuih Raya Dari Hati yang berlangsung di Mydin USJ pada Isnin. – Foto SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID

“Cadbury Dairy Milk mahu memberi peluang kepada mereka yang menyambut bulan mulia ini untuk mencipta kenangan bersama ketika membuat kuih dan berkongsi kebaikan kepada mereka yang memerlukan.

“Kami berharap agar aktiviti ini dapat mencatat kejayaan dalam The Malaysia Book of Records, namun tanpa Mydin segala hasrat yang diinginkan mustahil untuk dilaksanakan sendiri,” katanya ketika ditemui pada sesi perasmian acara Kuih Raya Dari Hati, di Mydin USJ, pada Isnin.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Mydin, Datuk Dr Ameer Ali Mydin berkata, pihaknya berbesar hati kerana dapat berganding bahu bersama Cadbury Dairy Milk.

Jelasnya, amalan berkongsi kebaikan dan meluangkan masa bersama amat ditekankan pada bulan Ramadan.

Acara Kuih Raya Dari Hati menampilkan Fazley sebagai tenaga pengajar yang menunjukkan cara-cara membuat kuih Tart Cadbury.

Acara Kuih Raya Dari Hati menampilkan Fazley sebagai tenaga pengajar yang menunjukkan cara-cara membuat kuih Tart Cadbury.

Tambah beliau lagi, Mydin turut menyediakan tempat khas untuk Cadbury Dairy Milk mengadakan acara membuat kuih raya bersama para peserta.

“Semoga acara ini akan memberikan secebis memori indah dalam kalangan keluarga dan senyuman kepada warga rumah kebajikan ketika menyambut hari raya,” katanya.

Sesi membuat kuih itu turut dihadiri chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob dan usahawan terkenal seperti Noor Nabila Mohd Noor dan Tya Arifin.

Pada Ahad lalu, Mydin Bukit Mertajam, Pulau Pinang telah pun mengadakan acara tersebut dan ia juga akan dianjurkan di beberapa cawangan lain antaranya Mydin Tunjong, Kelantan (16 Mac) dan Mydin Mutiara Rini, Johor (17 Mac).

Untuk menyertai acara itu, orang ramai hanya perlu mendaftar di laman rasmi Cadbury Dairy Milk dan layak untuk menerima baucar Mydin.

Sumber