Kring! menang anugerah di Perancis

Kring! menang anugerah di Perancis

CYBERJAYA – Anak syarikat Kumpulan Brainy Bunch, Brainy Bones Studio berjaya melakar sejarah apabila animasi tempatan yang dihasilkan memenangi Anugerah Animasi Terbaik di Festival Filem 4 Antarabangsa Du Sur Les Handicap 2020 (FIFH) di Lyon, Perancis.

Pengarah Urusan Brainy Bones Hilmi Ismail mengakui berbangga dengan pencapaian pasukannya dan menganggap kejayaan itu sebagai titik permulaan untuk meningkatkan lagi semangat pasukan mereka.

“Kemenangan ini menjadi pemangkin semangat dan mendorong kami untuk menghasilkan lebih banyak animasi berkualiti tinggi untuk dipersembahkan kepada penonton,” katanya dalam satu kenyataan dari Lyon, Perancis di sini yang disiarkan melalui portal Melayu Bangkit News (MBNews).

Brainy Bones Studio mempertaruhkan ‘Kring’ yang mengisahkan seorang guru bernama Suraya memainkan peranan membantu seorang murid yang mempunyai masalah disleksia.

Menurut Hilmi, filem pendek, Kring! dicipta untuk mengiktiraf peranan yang kurang dihargai dan meningkatkan kesedaran tentang masalah disleksia dalam kalangan pelajar.

“Kami juga ingin mengalu-alukan lebih banyak animator untuk mencipta kandungan yang lebih bermakna dengan nilai tinggi untuk penonton.

“Kami memerlukan lebih banyak filem dan animasi yang dapat memberikan impak positif kepada penonton,” katanya.

Hilmi juga membuka peluang kepada semua animator di dunia, terutama dari Malaysia untuk menyertai mereka untuk membina platform animasi pertama di dunia.

Katanya, Suraya menghadapi cabaran membantu seorang pelajar yang mempunyai masalah pelajaran di sekolah dan mempunyai imaginasi luar kotak.

Suraya bimbang pelajar lelaki itu gagal dalam pelajaran tetapi selepas menghabiskan masa melihat lukisannya, guru berkenaan mendapati pelajarnya sedang belajar tetapi dengan cara berbeza.

Suraya memutuskan untuk mengambil masa tambahan mengajar pelajarnya menggunakan kaedah yang dia selesa dengan lukisan.

Babak akhir filem pendek sangat menarik kerana mampu menyentuh perasaan penonton.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Brainy Bunch Mohd Fadzil Hashim berkata Kring! dihasilkan untuk menghargai sumbangan guru.

“Kami juga ingin mempamerkan keupayaan pasukan kami untuk menghasilkan animasi etika yang berkualiti,” katanya.

Mohd Fadzil juga berkata, Brainy Bones akan melancarkan platform animasi orang ramai dalam talian untuk mewujudkan filem animasi etika kelas dunia menggunakan animator dunia melalui IP yang dikongsi sebagai animator bebas.

“Sistem semasa memberi keuntungan terbesar kepada kapitalis, tetapi dengan platform kami, Animators akan memperoleh hasil yang paling banyak daripada karya mereka.” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Filem animasi pendek Kring setaraf Pixar



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *