KONSERT WINGS HANGATKAN FESTIVAL PETALING JAYA “FOLKLORE”

KONSERT WINGS HANGATKAN FESTIVAL PETALING JAYA “FOLKLORE”

Selesai sudah pembukaan rasmi “Petaling Jaya Folklore Festival”. Datuk Bandar Petaling Jaya Tuan Mohamad Azhan Md Azmir memulakannya, dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar & Perubahan Iklim, Teknologi Hijau, dan Hal Ehwal Orang Asli Tuan Hee Loy Sian menyempurnakannya (Exco Pelancongan & Alam Sekitar). Tahun ini merupakan kali pertama Majlis Bandaraya Petaling Jaya Padang Timur menganjurkan acara elit ini. Untuk menyaksikan acara hebat ini, beribu-ribu orang mengembara dari seluruh negara.

Apa yang menarik kali ini acara perasmian Festival ini bertemakan “Folklore” Pertunjukkan seni kebudayaan tarian Orang Asli asal negara masing masing. Acara Penutup juga julung kali ia memanggil artis tersohor tanah air Kumpulan Wings yang rata rata sudah lama bergiat dalam industri muzik sehingga kini lagu lagunya masih didengari sehingga hari ini. Ia adalah satu persembahan yang tidak akan dilupakan oleh semua penonton yang hadir di Dataran Padang Timur Petaling Jaya ini. Ia satu fenomena yang luar biasa dengan kehadiran beribu orang memenuhi ruang dihadapan pentas.

PJ Folklore 2022 mengetengah konsep kepelbagaian, keunikan, keharmonian, kesenian rakyat, budaya komuniti tempatan dan antarabangsa, perkongsian ilmu dan ketamadunannegara-negara, serta memupuk kasih sayang dan cintakan budaya negara-negara lain. Diawal sebelum perasmian satu aksi sejarah ketemadunan Kesultanan Melaka disajikan kepada penonton yang hadir dengan kebanyakkan berpakaian ala pendekar zaman melaka.

Pelbagai acara menarik telah berlangsung melibatkan persembahan kebudayaan dan pameran busana tradisional dari lapan negara, iaitu Thailand, Filipina, Indonesia – dua kumpulan dari Bandung dan Kalimantan, Sri Lanka, Korea Selatan, Jepun, Uzbekistan, dan Mexico.

Dari Malaysia sendiri menampilkan persembahan dari 10 negeri, iaitu Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak.

Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), Datuk Hajah Saraya Arbi; Datuk Bandar Petaling Jaya, Tuan Mohamad Azhan Md Azmir; Ahli Parlimen Petaling Jaya, Tuan Lee Chean Chung; dan Ahli Dewan Negeri Taman Medan, Tuan Syamsul Firdaus Mohamed Supri.

Menurut Mohamad Azhan, Datuk Bandar PJ Folklore 2022 juga bertujuan membantu perniagaan kecil tempatan.

“Pelbagai acara yang ditampilkan boleh membuka peluang ekonomi dan membantu industri pelancongan, makanan, dan minuman,” tambah beliau.

PJ Folklore 2022 anjuran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang berlangsung dari 28 November hingga 4 Disember 2022 ini mengetengah kebudayaan dari dalam dan luar negara untuk mendokong peranan Petaling Jaya sebagai sebuah kota seni.

Di sebalik hujan yang kerap turun di sekitar Petaling Jaya, ia berjaya menarik penyertaan peserta dan pengunjung seramai 30,000 orang. PJ Folklore 2022 juga merupakan usaha sama antara MBPJ dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC – kini tiada lagi), International Council of Organization of Folklore Festivals and Folk Arts/CIOFF Malaysia), Tourism Selangor, dan Suria FM.

PJ Folklore 2022 merupakan antara usaha bagi mempromosikan bandar raya Petaling sebagai sebuah Kota Seni, dan destinasi pelancongan antarabangsa, selain menghidupkan kawasan Seksyen 52.

Ia juga selaras dengan pelaksanaan Petaling Jaya Smart, Sustainable and Resilient (PJSSR2030), dan merupakan salah satu agenda menjadikan Petaling Jaya sebagai bandar raya mampan.

Program lain termasuklah PJ Fight Night, Pocket Show – melibatkan dua pusat beli-belah, iaitu One Utama Shopping Centre dan Sunway Pyramid Shopping Centre, Asian Food Festival, pameran busana dan pelbagai jualan, persembahan Wayang Kulit (Pok Chu), Dikir Barat (Issey), dan persembahan kebudayaan antarabangsa.

Persembahan kebudayaan antarabangsa, serta persembahan Wayang Kulit (Pok Chu) dan Dikir Barat (Issey) turut memeriahkan majlis perasmian PJ Folklore 2022, sebelum kemunculan Wings.

Penganjuran PJ Folklore yang masuk kali ketujuh, telah mendapat pengiktirafan pada 2018 sebagai program pertukaran kebudayaan antarabangsa oleh MOTAC. Untuk PJ Folklore 2022, MOTAC sekali lagi memberikan pengiktirafan dengan menyampaikan Sijil Insentif Promosi PJ Folklore 2022 Menerusi Kalendar Pelancongan Malaysia.

Konsert WINGS Ceritera Rakyat adalah antara 31 program secara percuma yang mengisi PJ Folklore 2022. Amat mengejutkan juga dengan kehadiran beribu orang semata mata untuk menyaksikan konsert julung kali Kumpulan Wings di Petaling Jaya ini.

Kali ini Kumpulan Wings hadir membuat persembahan dengan 7 lagi menraik dan satu lagu bonus dan harapan kerana permintaan dari pengunjung yang hadir sanggup menunggu di dalam hujan untuk menyaksikan konsert Kumpulan Wings ini.

Kesimpulannya, Konsert Wings ini menyebabkan fenomena beribu orang memenuhi di “Foklore Festival PJ” ini. Rata-rata yang hadir merindukan aksi persembahan kumpulan wings sebelum ini semasa PKP 2019-2021 ramai yang terkesan tidak dapat menyaksikan persembahan seperti ini. Ini adalah peluang mereka berkumpul kembali namun tetap mengikut sop dengan pemakaian Topeng penutup muka penting. Perasmian “Foklore Festival PJ” kali ini telah berjaya dengan jayanya.

#wings #awie #petalingjayafoklore #konsert #festival #tourismselangor #foodfestival #PJFightNight #PocketShow #tradisional