Ikon Muzik Bollywood: Datuk Shah Rukh Khan, Salman Khan, dan Amir Khan, serta banyak pelakon lain.Salah satu lagu ikoniknya, “Papa Kehte Hain,” yang dipersembahkan dalam filem “Qayamat Se Qayamat Tak,” bukan sahaja menjulang namanya, tetapi juga mencetuskan fenomena luar biasa dalam dunia muzik Bollywood.
Dalam konsert di Kuala Lumpur ini, Udit akan berjumpa dengan peminatnya setelah 12 tahun, kali terakhir beliau mengadakan persembahan tertutup di sebuah hotel. Beliau dijadualkan untuk menyanyikan koleksi lagu-lagu hit yang pernah mendominasi carta muzik Bollywood. Udit, yang baru-baru ini menIkon muzik Bollywood yang terkenal dengan gelaran Raja Melodi, Udit Narayan, akan bertemu dengan peminatnya di Kuala Lumpur pada 28 Disember 2024. Konsert ini, yang dianjurkan oleh VVST Digital Creation, akan membawa penonton menyelami zaman kegemilangan industri filem dan muzik Bollywood dari era 90-an hingga kini.
Udit Narayan, yang telah menyanyikan lebih 25,000 lagu dalam 36 bahasa sepanjang lebih tiga dekad kariernya, terkenal dengan suaranya yang telah diabadikan kepada tiga Raja Khans Bollywogadakan konsert di Dubai dan Eropah, meluahkan rasa gembiranya untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat di Kuala Lumpur.Penganjur acara menyatakan bahawa peminat yang hadir akan mendapatkan pengalaman yang luar biasa untuk menutup tahun 2024, menjadikannya salah satu memori terbaik untuk tahun 2025.
Untuk menambah keterujaan peminat, penganjur menawarkan peluang kepada mereka untuk memilih beberapa lagu kegemaran melalui kempen dan pertandingan yang akan diadakan dalam beberapa bulan akan datang.“Diharapkan peminat Udit dapat turut serta dalam proses pemilihan lagu. Kami akan terus mengumumkan maklumat terkini untuk melibatkan peminat dalam persiapan konsert ini. Oleh itu, kami mengajak para peminat untuk kekal bersama kami,” ujar Pengarah First Picture Sdn Bhd, En Muhamad Dzul Hilmi Bin Zainol, dalam sidang media hari ini.