Anak Patung FXD88
Harga jualan bermula daripada RM249.90 dan dijadualkan untuk dilancarkan pertengahan Mac ini di gedung fizikal terpilih dan secara dalam talian (online).
Selama 60 tahun, Barbie telah menjadi inspirasi imaginasi para peminatnya di seluruh dunia. Bersempena dengan sambutan Jubli Intan, koleksi edisi istimewa khas untuk pengumpul (collectible) Barbie menampilkan anak patung dalam gaun kembang (ball gown) dalam rona perak bergemerlapan.
Memberi penghormatan kepada anak patung asli (original) Barbie dan fesyen ikoniknya yang terkenal, anak patung Ulang Tahun ke-60 Barbie digayakan dengan rambut bertocang, gaya elegan dengan pandangan mata sisi, anting-anting bulat dan gelang.
Model cilik dari Amber Chia Academy mempamerkan gaya pakaian Barbie daripada rekaan pelajar Limkokwing University dan A Cut Above Academy.
Direka khusus sempena ulang tahun ke-60 menjadikan anak patung Barbie ini hadiah istimewa untuk para pengumpul dan peminat. Raikan ulang tahun ke-60 Barbie dengan koleksi glamor ini. Koleksi Black Label. Stok terhad.
Anak Patung Karier GFX23
Harga jualan bermula daripada RM52.90 dan kini boleh didapati di gedung Toys “R” Us terpilih di seluruh Malaysia. Anak patung koleksi karier telah memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk memasang impian hebat selama 60 tahun! Sehingga kini lebih 200 profesion pekerjaan ditampilkan oleh Barbie dan masih berterusan muncul dengan pilihan profesion baharu.
Keluaran edisi istimewa ini meraikan antara karier ikonik Barbie dalam profil profesionnya. Setiap anak patung muncul dengan pakaian tersendiri lengkap dengan aksesori mewakili karier profesional yang berbeza.
Terbang ke angkasa lepas bersama Barbie angkasawan atau membelah awan dengan Barbie juruterbang. Jaringkan gol ke dalam gawang bersama Barbie atlet bola sepak atau meniti tangga dengan berani sebagai Barbie bomba. Muncul glamor melaporkan berita menerusi Barbie penyampai berita atau cipta sejarah dalam arena politik sebagai Barbie calon ahli politik.
Setiap anak patung disarungkan pakaian mengikut tema profesion seperti kostum angkasawan dan uniform juruterbang. Aksesori seperti mikrofon untuk Barbie penyampai berita atau bola untuk Barbie atlet bola sepak menyempurnakan gaya profesional. Setiap Barbie juga disediakan mengikut bentuk badan, tona kulit, warna mata dan gaya rambut yang berbeza bagi memberikan penceritaan yang unik dan mencipta keseronokan yang bermakna.
Koleksi Percutian Barbie 2019
Harga jualan bermula daripada RM49.90 sehingga RM109.90. Ia boleh didapati bermula April depan di semua gedung dan kedai permainan utama di seluruh negara.
Kolaborasi Tourism Malaysia dan Barbie akan melibatkan usaha sama mempromosikan destinasi percutian dalam negara menerusi koleksi permainan baharu di platform digital dan promosi di acara-acara yang akan dianjurkan. Sejajar dengan pelancaran Koleksi Percutian, satu peraduan media sosial akan diadakan bagi menggalakkan pelancong untuk bergambar di destinasi-destinasi percutian dalam Malaysia bersama Barbie masing-masing menggunakan tanda pagar #BarbieCutiCutiMalaysia!
#feminasinar