Kolaboratif UNIQLO X Bingka KL

Kolaboratif UNIQLO X Bingka KL

06 Oktober 2019 02:30pmMasa membaca: 4 minit

JENAMA pakaian terkemuka yang disukai rakyat Malaysia, UNIQLO berkolaboratif dengan Bingka KL untuk menghasilkan rekaan pelekat (sticker) unik pada baju-T dan beg.

Hanya dengan menggunakan aplikasi pintar, pengguna boleh menonjolkan kreativiti masing-masing Untuk lebih mudah, pelanggan boleh mendapatkannya secara eksklusif di UNIQLO Fahrenheit 88 dengan menambah ciri tipografi, cat pilihan atau pelekat Bingka selain pelbagai motif yang menjadi pilihan.

Bingka KL juga secara eksklusifnya mencipta komponen utama budaya Malaysia iaitu syurga makanan pada pelekat.

Sebanyak enam ilustrasi unik ditawarkan iaitu seperti nasi lemak ikonik dari Kedah dan Johor; mee bandung Muar dan masak lemak dari Negeri Sembilan yang sangat dipengaruhi oleh warisan masakan dari negara jiran.

Selain itu, kek lapis Borneo yang cukup terkenal di Sarawak pastinya membawa identiti tersendiri buat si pemakai sekali gus meraikan keunikan masyarakat majmuk.

“Kerjasama kali ini bakal menjadi permulaan jalinan projek kolaboratif melibatkan artis dan jenama tempatan pada masa akan datang,” kata UNIQLO dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Sumber