Khasiat buah kering dan kekacang

Khasiat buah kering dan kekacang

UNTUK memastikan keseimbangan di dalam makanan, anda harus memasukkan buah-buahan kering dan kekacang dalam diet makanan anda.

Ia mungkin membantu meningkatkan kesihatan tubuh badan dan mengurangkan risiko penyakit merbahaya apabila dimakan secara berterusan.

Kaya dengan vitamin, protein, mineral dan serat membuatkan ia boleh dijadikan snek berkhasiat.

Kebanyakan pakar kesihatan dan makanan mengesyorkan buah kurma, kismis, buah tin, kacang badam (almond), walnut, pistachio dan buah kering aprikot untuk kekal sihat.

Antara khasiat yang terkandung di dalam buah kering dan kacang ini adalah seperti berikut;

Buah tamar (kurma):

Buah kurma sememangnya diketahui antara buah yang mempunyai nutrisi yang seimbang kepada manusia. Vitamin, mineral dan gula semula jadi ini membekalkan tenaga yang lebih kepada kita selain melegakan sembelit dan merawat penyakit anaemia.

Buah Tin (Fig):

kebaikan buah tin datang daripada kehadiran mineral, vitamin dan serat yang biasa ditemui di dalam buah-buahan. Ia juga mempunyai vitamin A, vitamin B1, vitamin B2, kalsium, zat besi, fosforus, mangan, sodium, potassium dan klorin. Terdapat lima gram serat dalam setiap tiga hidangan buah tin. Ketinggian kandungan seratnya membantu terutama pada bahagian usus iaitu mengelakkan masalah sembelit dan juga cirit-birit. Kandungan serat ini juga membantu mengurangkan berat badan. Justeru, ia selalu dicadangkan kepada mereka yang mengalami obesiti.

Kismis (Raisin):

Kajian mendapati resveratrol mampu melindungi tubuh daripada kanser kulit, kolon dan prostat selain membantu menjaga kesihatan jantung, melindungi dari masalah kemerosotan fungsi saraf, strok, Alzheimer dan jangkitan kulat atau virus. Khasiatnya adalah mengelak sembelit, menyihatkan mata, baik untuk jantung, memperkuatkan tulang dan menurunkan berat badan.

Aprikot: Aprikot sendiri adalah buah yang memiliki aroma manis lembut dan menggiurkan. Aprikot mengandung vitamin A, vitamin C, vitamin E, vitamin K, kalium, tembaga, mangan, magnesium, fosfor, dan niasin.

Kacang Badam (Almond):

Biasanya dimakan sebagai snek yang berkhasiat. Kacang badam mengandungi antioksidan yang tinggi dan tiada kolesterol. Dipercayai melegakan sembelit, masalah respiratori, dan jantung selain memberi khasiat kepada kulit, gigi dan rambut.

Pistachio:

Kacang ini dapat membantu mengurangkan kolesterol di dalam badan. Pistachio adalah kacang yang padat dengan nutrisi yang berkhasiat. Ia mampu meningkatkan imunisasi dan diabetes.

Gajus (Cashew Nut):

Kacang gajus antara kacang yang mengandungi vitamin E dan B6 yang tinggi. Vitamin E sangat diperlukan dalam badan untuk mengurangkan sel-sel rosak. Manakala, vitamin B6 pula penting untung metabolisme, hati, dan pembuatan sel darah merah di dalam badan.

Walnut:

Di sebalik kerang yang keras ini terdapat kacang walnut yang penuh dengan Omega-3, asid lemak, serat, anti-oksida, vitamin dan mineral yang sangat diperlukan oleh tumbesaran dan pengembangan otak. Selain itu, ia dipercayai mengurangkan risiko diserang penyakit strok dan sakit jantung. Walnut juga membantu kesuburan lelaki dan membantu mengawal berat badan.

Sumber: https://kioskmakanansunnah.com



Sumber