Kertas perundingan rangka kerja bank digital dikeluar akhir tahun ini

Kertas perundingan rangka kerja bank digital dikeluar akhir tahun ini

BANK Negara Malaysia (BNM) akan mengeluarkan draf pendedahan mengenai kertas perundingan untuk mendapatkan maklum balas berhubung rangka kerja bank digital menjelang akhir tahun ini, kata Gabenor BNM, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus.

Kertas perundingan itu akan membolehkan bank pusat mengkaji semula dan mengetatkan rangka kerja sebelum ia dilaksanakan pada tahun hadapan.

“Ia akan siap pada akhir tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Pameran Baharu Muzium dan Galeri Seni BNM di sini hari ini.

Bertemakan ‘Demi Tanah Air: 60 Tahun sebagai Bank Pusat’, ia disempurnakan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhun Tuanku Munawir.

Pengarah Jabatan Inovasi dan Pembangunan Kewangan BNM, Suhaimi Ali berkata, lebih 10 pihak telah menyatakan minat untuk menubuhkan bank digital di negara ini.

Menurutnya, mereka terdiri daripada gabungan pendatang baharu dan penggiat kewangan.

Rangka kerja itu bertujuan melindungi sistem dan memberi perkhidmatan kepada segmen yang tidak mendapat perkhidmatan seperti syarikat pemula niaga dan perusahaan mikro. – Bernama

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *