Kerajaan akan tamatkan duti anti-lambakan gegelung rata

KERAJAAN akan menamatkan duti anti-lambakan ke atas import gegelung rata besi keluli menggunakan proses celupan panas yang berasal, atau dieksport dari China dan Indonesia berkuat kuasa 9 Februari 2019.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkata, duti anti-lambakan tidak lagi perlu kerana penyiasatan mendapati tiada industri tempatan di Malaysia mengeluarkan produk serupa yang dengan itu akan terjejas secara nyata dengan pengimportan gegelung berkenaan.

Dalam kenyataan hari ini, kementerian berkata penyiasatan itu dijalankan mengikut Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993 dan Peraturan Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1994 pada 14 Ogos 2018 berdasarkan petisyen difailkan PT Krakatau Steel (Persero) TBK (Indonesia) bagi pihak-pihak berkepentingan.

“Pihak berkepentingan (pengimport, pengeluar/pengeksport asing dan persatuan berkaitan dengan fpenyiasatan) boleh mendapatkan versi bukan sulit laporan awam berhubung perkara itu dengan mengemukakan permohonan bertulis kepada MITI,” katanya. – Bernama



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *