Kemurungan selepas bersalin bukan ‘dibuat-buat’

Kemurungan selepas bersalin bukan ‘dibuat-buat’

MENYAMBUT kelahiran bayi sepatutnya menjadi satu detik gembira buat anda. Pun begitu, selepas bersalin boleh membuatkan emosi anda tidak tentu.

Anda akan berasa gembira dan gelisah pada masa yang sama. Apa yang tidak disangkakan adalah kemurungan.

Kemurungan selepas bersalin boleh menyebabkan perasaan sedih dan gelisah yang melampau. Ia boleh memberi kesan terhadap penjagaan bayi anda. Berikut adalah beberapa mitos yang mungkin anda percaya tentang kemurungan selepas bersalin.

1. Ia hanyalah kesedihan

Kemurungan selepas bersalin bukanlah hanya perasaan sedih yang remeh. Sedangkan kesedihan adalah satu emosi yang sering dihadapi oleh manusia. Kemurungan yang teruk boleh menjejaskan kehidupan harian dan bagaimana anda menjaga bayi anda.

Ia memberikan kesan kepada tahap pemakanan, tidur, tumpuan dan tenaga harian anda. Anda juga mungkin akan rasa mengalah di mana akan mengatakan “Saya tidak mampu untuk melakukannya”.

Sementara kesedihan datang dan pergi, kemurungan selepas bersalin akan bertahan selama satu hingga tujuh hari dan boleh terjadi lagi jika dibiarkan.

2. Kemurungan postpartum saya akan hilang jika dibiarkan

Kemurungan postpartum bukanlah satu pilihan. Ia bukanlah seperti memilih apa untuk dipakai, seseorang tidak memilih untuk bangun pagi dengan ceria atau mempunyai mood yang menyenangkan untuk menempuhi harinya.

Apabila orang beritahu anda untuk bergembira atau kawal emosi anda, selalunya ia membuatkan keadaan menjadi lebih buruk.

3. Kemurungan postpartum adalah kesilapan saya

Jika anda mengalami kemurungan postpartum, anda mungkin akan rasa bersalah atas perasaan anda. Anda juga mungkin akan menyalahkan diri sendiri dalam fasa yang sedang anda lalui. Sebenarnya, kemurungan postpartum bukanlah salah anda.

Kemurungan postpartum boleh disebabkan oleh beberapa faktor termasuklah penurunan hormon tertentu secara mendadak selepas kelahiran dan tekanan tinggi semasa bersalin. Ia juga boleh dipengaruhi oleh impak psikologi anda sendiri. Kemurungan postpartum bukan sahaja disebabkan anda merasa sedih dan ia tidak boleh dikawal dengan niat sendiri.

Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya disyaki mengalami kemurungan postpartum?

Jumpa pakar dalam kemurungan postpartum atau pakar kesihatan mental. Ia adalah satu bahagian penting dalam proses pemulihan anda walaupun anda rasa tidak memerlukannya. Ia bukanlah satu tanda yang menunjukkan anda gila atau bermasalah dalam apa jua cara. Anda hanya memerlukan sedikit motivasi di sepanjang pemulihan anda. Anda juga boleh menyertai kumpulan sokongan. Anda pasti tidak sangka ia dapat membantu dengan mendengar cerita-cerita lain yang serupa dengan anda.

Sumber: https://www.startwell.nestle.com.my/



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *