Kempen kitar semula bagasi Samsonite-Kloth Cares

Kempen kitar semula bagasi Samsonite-Kloth Cares

DALAM usaha mengatasi masalah pencemaran sisa pepejal daripada terus berleluasa, jenama bagasi popular, Samsonite Malaysia mengambil inisiatif melaksanakan program tanggungjawab sosial menerusi kempen Luggage Trade-In.

Program berkenaan dijalankan serentak bersama Kloth Cares iaitu pergerakan keusahawanan sosial tempatan yang menerapkan konsep 3R (reuse, reduce dan recycle).

Menurut Pengurus Besar Samsonite Malaysia Sdn Bhd, Ambert Khoo, pihaknya bukan sahaja proaktif dalam menghasilkan produk berkualiti dan inovatif malah komited menjalankan aktiviti yang membawa impak positif kepada komuniti.

“Matlamat kempen Luggage Trade-In ini berjaya dilaksanakan apabila pihak Kloth Cares membantu dari aspek proses kitar semula koleksi beg terpakai.

“Samsonite telah mengumpulkan lebih daripada 100 buah bagasi terpakai sebelum diserahkan kepada Kloth Cares untuk dikitar semula. Bagasi yang masih dalam keadaan baik diubahsuai dan disumbangkan kepada pihak memerlukan seperti Majlis Kanser Nasional (Makna) dan Rumah Kebajikan Untuk Orang Kelainan Upaya Sunteck,” katanya baru-baru ini.

Dalam pada itu, Pengasas Bersama Kloth Cares, Nik Suzila Nik Hassan memberitahu, selain bagasi terpakai, kempen kitar semula terbabit turut melibatkan dua item lain.

“Himpunan beg yang tidak boleh dibaiki lagi diasingkan sementelah bahan plastik dihantar ke pusat kitar semula.

“Fabrik yang sukar dibaiki pula diproses untuk dijadikan bahan api manakala kain bagasi Samsonite yang mempunyai tekstur baik digunakan bagi dinding deria sentuh kumpulan autisme yang diusahakan di bawah projek komuniti sosial, Kloth Cares,” jelasnya.

Sementara itu, selari dengan matlamat mempromosikan produk bahan mesra alam, Samsonite memperkenalkan koleksi Eco untuk pasaran Asia seperti Spark SNG Eco, OCTO Eco, Eco dan Marcus Eco.

Koleksi bagasi baharu itu diperbuat daripada Recyclex iaitu teknologi fabrik inovatif dan maju menggunakan bahan kitar semula seperti botol plastik jenis polyethylene terephthalate.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *