Keluarga LHDN sertai Hasil #QuranHour 2022

Keluarga LHDN sertai Hasil #QuranHour 2022

KUALA LUMPUR – Seramai 750 peserta termasuk pesara menyertai Program Pembudayaan Al-Quran: HASiL #QuranHour 2022 anjuran Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Rabu.

Sotimin

Sotimin

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi Percukaiannya, Datuk Dr Sotimin Muhalip berkata, program Ihya Ramadan tersebut merekodkan kehadiran tertinggi tahun ini.

Menurutnya, program dianjur bagi memberi fokus kepada Keluarga LHDN untuk meluangkan masa bersama membaca dan menghayati ayat suci al-Quran.

“HASiL #QuranHour yang bermula pada tahun 2018 kini masuk tahun keempat dan mendapat kerjasama daripada Persatuan Kebajikan Islam (Perkis), rakan strategik, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas dan Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Aktiviti bersama al-Quran tidak dapat dilaksanakan pada tahun 2020 disebabkan penularan wabak Covid-19.

“Diharapkan Keluarga LHDN dapat menghayati isi kandungan al-Quran dalam membentuk akhlak dan keperibadian yang tinggi seterusnya melahirkan pegawai yang penuh tanggungjawab dan berjaya di dunia dan akhirat serta membawa kecemerlangan organisasi.” katanya pada Jumaat.

Program kerohanian tersebut dimulakan dengan acara tadarus dan majlis khatam al-Quran.

Hasil #QuranHour dengan dimulakan bacaan Surah Al-Sajdah yang dibimbing oleh qari LHDN.

Hasil #QuranHour dengan dimulakan bacaan Surah Al-Sajdah yang dibimbing oleh qari LHDN.

Ia diikuti dengan bacaan Surah Al-Sajdah yang dibimbing oleh qari LHDN ketika sesi HASiL #QuranHour.

Program diteruskan dengan aktiviti tadabbur bertajuk “Bahagia itu menginsafkan” yang disampaikan oleh Ustaz Mohammad Rozie Mohd Rejab.

Sotimin berkata negara diuji dengan krisis kesihatan akibat wabak Covid-19 yang masih belum berakhir sejak dua tahun lalu.

Jelasnya, apabila krisis berlaku, ia memberi impak kepada sosio ekonomi dan politik negara, ramai hilang punca pendapatan, kehilangan keluarga tersayang dan terpisah jauh di perantauan akibat wabak Covid-19.

“Tanggal 1 April lalu, pihak kerajaan mengambil langkah ‘exit strategy’ sebagai pendekatan merubah fasa pandemik kepada endemik agar membolehkan kita kembali menikmati semula kehidupan hampir normal.

“Ia mampu meningkatkan semula pertumbuhan ekonomi negara dan menerima realiti kehidupan untuk kita menjalani rutin seharian bersama virus ini yang entah bila akan berakhir,” ujarnya.

Sesi tadabbur bertajuk “'Bahagia itu menginsafkan' yang disampaikan oleh Ustaz Mohammad Rozie Mohd Rejab.

Sesi tadabbur bertajuk “’Bahagia itu menginsafkan’ yang disampaikan oleh Ustaz Mohammad Rozie Mohd Rejab.

Tambahnya, pada penghujung tahun lalu, negara mengalami ketidaktentuan iklim sehingga berlaku bencana banjir besar yang mengakibatkan kehilangan nyawa dan harta benda dengan nilaian yang besar

“Apabila kita merenung dengan mata hati, sebenarnya kesemua perkara yang berlaku di sekeliling ini menuntut diri kita semua berfikir, merenung dan sentiasa bermuhasabah diri tentang hakikat kekuasaan ALLAH dalam mengatur perjalanan kehidupan kita di dunia yang fana ini.

“Semoga segala kesabaran, kecekalan dan tawakal kita sepanjang mengharungi segala mehnah dan ujiannya, segala perkara yang berlaku di sekeliling kita ini diangkat ganjaran pahala yang besar di akhirat kelak,” katanya.

Sumber