KEINDAHAN SENIBINA MASJID DI NEGERI SELANGOR Keistimewaan Reka Bentuk Islam Moden Kontemporari

KEINDAHAN SENIBINA MASJID DI NEGERI SELANGOR Keistimewaan Reka Bentuk Islam Moden Kontemporari

13 Mac 2018, Selangor – Selangor sememanganya terkenal dengan kepesatan pembangunan tahun demi tahun bahkan pembangunan masjid juga tergolong di dalam kepesatan pembangunan di Selangor yang sememangnya wajib dikunjungi oleh setiap pelancong yang datang ke Negeri Selangor.

Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah atau lebih di kenali sebagai Masjid Biru Shah Alam merupakan lambang keagungan dan kedaulatan agama Islam di Negeri Selangor dan juga . lambang kebanggaan Negara Malaysia kerana ia merupakan masjid kedua terbesar di Asia Tenggara setelah Masjid Istiqlal di Jakarta, Indonesia dan menara kedua tertinggi di dunia.

Masjid ini mampu memuatkan seramai 24,000 jemaah dalam satu masa. Kubah yang bediri megah di bangunan masjid ini merupakan kubah yang terbesar di dunia dimana ianya diperbuat menggunakan tiub aluminium ditutupi dengan ‘Retvous Enamlled Steel Panel’ dengan keluasan 300 kaki dari paras bumi dan garis pusat 170 kaki di keliling kubah yang menjadi kubah agama yang terbesar pernah dibina sehingga kini.

Bukan itu sahaja, Kubah Biru ini mempunyai keistimewaan yang unik kerana bahagian luar kubah berwarna biru elegen yang tidak akan mudah karat dan bakal tahan bertahun lamanya. Bahagian luar kubah pula mempunyai panel enamel yag dihiasi senibina Khat Al-Quran berwarna biru berlatar belakang panel kelabu yang dituis oleh penulis Khat Mesir, Sheikh Abdel Moneim Ali El Sharkawi. Manakala struktur masjid ini adalah kombinasi seni rekabentuk tradisi Islam dan Asia Barat, India, Barat dengan ciri-ciri binaan Melayu Asli.

Disamping itu, Masjid Biru atau Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah menyediakan pelbagai kemudahan asas seperti menawarkan perkhidmatan lawatan di Masjid oleh pemandu pelancong, ruang taman permainan kanak-kanak, dewan kuliah, dewan perkahwinan, ruang kenderaan yang besar dan ia juga menjadi tempat tumpuan khas setiap kali penganjuran karnival di Negeri Selangor.

Masjid Diraja Sultan Suleiman merupakan sebuah bangunan lama yang dahulunya dimiliki kerajaan Biritish dan telah dipindah milik kepada Negeri Selangor yang merupakan pemberian khusus daripada kerajaan British kepada Almarhum DYMM Sultan Alaeddin Sulaiman Shah, Sultan Selangor yang ke-5. Masjid yang terletak di bersebelahan dengan Istana Alam Shah, Klang ini memiliki reka bentuk yang agak berlainan dari mana-mana masjid yang ada di Negeri Selangor. Ada yang beranggapan reka bentuk masjid ini mempunyai pengaruh campuran senibina Islam Moorish dan senibina Inggeris.

Tambahan pula, ada  yang mengatakan Masjid Diraja Sultan Suleiman ini berkonsepkan art deco kerana elemen deko yang minima diguna pakai disini atas  penggunaan geometri yang termaktub pada pelan masjid ini seolah menjurus kepada art deco.

Reka bentuk yang terdapat pada bangunan ini telah menarik perhatian pelancong untuk melawati ke Masjid Diraja Sultan Suleiman apabila mereka melancong di daerah Klang, Selangor. Arkitek bangunan ini, Mr. L.Keste Vend suatu masa dahulu telah membina bangunan masjid ini dengan 8 menara kecil disekeliling masjid dan satu menara besar tinggi dibahagian tengah laluan masuk dari anjung utama masjid.

Masjid Diraja Sultan Alaeddin Sulaiman Shah dihiasi dengan kubah kuning di setiap puncak bangunan ini mampu memuatkan seramai 1,000 jemaah dalam satu majlis keraian. Kalau dihayati dari pandangan atas, bangunan masjid ini digambarkan sebagai sebuah palang salib seperti yang selalu diguna pakai dalam pelan penubuhan gereja di Eropah yang telah menjalani beberapa proses pengubahsuaian dalaman dan di kawasan ‘coutyard’ bangunan asal.

Namun kini, bentuk bangunan masjid sudah kelihatan seperti segi empat hasil pengubahsuaian oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Di samping itu, terdapat Info menarik iaitu, disisi bahagian Masjid Sultan Suleiman ini mempunyai tangga yang digelar tangga diraja iaitu tangga yang menghubungkan Istana Alam Shah dan Makam Diraja Klang.

Masjid Diraja Sultan Alaeddin atau Masjid Alauddin yang terletak di bandar bersejarah Jugra ini adalah sebuah masjid yang tertua di negeri Selangor. Masjid yang dibina pada awal tahun 1990 ini terletak kurang lebih 200 meter dari Istana Bandar iaitu kediaman Sultan Selangor ke-5, Almarhum DYMM Sultan Alaeddin Sulaiman Shah.

Pembinaan struktur ini  dipercayai mempunyai kaitan reka bentuk yang berasal dari Kesultanan Deli di Medan, Sumatera. Disamping itu, dengan adanya contoh seni bina Moorish dan Mughal klasik, masjid ini menyentuh beberapa persamaan dengan mercu tanda warisan yang lain seperti Bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur khususnya di khubah dan gerbangnya.

 Selain itu, bahagian dalaman Masjid Diraja Sultan ini dihiasi dengan ukiran ayat suci Al-Quran dan ukiran kayu yang sangat unik dan menawan. Suatu masa dahulu, wartawan terkenal iaitu George L. Peet pernah datang melawat ke masjid dan mendedahkan bahawa mimbar yang terdapat di masjid itu sering digunakan oleh Almarhum DYMM Sultan sendiri untuk menyampaikan khutbah.  Bukan hanya sekadar masjid di dalam kampung Jugra, masjid ini juga terletak berhampiran dengan pusat pelancongan yang terkenal iaitu pekan Morib.

Masjid Sultan Abdul Samad atau lebih dikenali sebagai Masjid KLIA, Sepang ini merupakan satu-satunya masjid yang terletak ditengah-tengah bulatan persiaran Lapangan Terbang Kuala Lumpur dan berhampiran dengan Lapangan Terbang Kuala Lumpur. Nama masjid ini telah diberi oleh Sultan Selangor ke-4 dan telah dibina diantara tahun 1999 dan 2000. Masjid ini juga adalah masjid yang terbuka kepada para pengunjung yang baru tiba di Lapangan Terbang Kuala lumpur dan khususnya para pengunjung yang bermaustautin berdekatan dengan masjid ini. Struktur seni bina bangunan masjid ini merupakan inspirasi daripada  Timur Tengah dan senibina melayu tradisional.

Masjid Al-Ikhlas Seksyen 13 Shah Alam yang telah beroperasi selama 3 tahun sejak tahun 2013. Masjid ini boleh memuatkan sejumlah 2,000 orang jemaah dalam satu masa dan dibina bukan sahaja untuk menunaikan Ibadah umat Islam namun ia juga merupakan pusat perkembangan ilmu kepada masyarakat sekitar dan juga luar negara. Terdapat pelbagai aktiviti ilmuan dan ceramah agama diadakan pada setiap hari dengan tema dan tajuk yang berlainan. Fokus tarikan utama adalah untuk mendidik masyarakat terutamanya gologan remaja mengimarahkan masjid.

Masjid ini juga turut berperanan dalam menyebarkanusaha dakwah serta menjadikannya sebagai sebuah institusi pelancongan ibadah antarabangsa. 3 tahun lepas, masjid ini diselia sepenuhnya oleh pegawai-pegawai NAZA dan kini Masjid Al-Ikhlas telah diserahkan dan diselia penuh oleh Pengurusan dan Penyelenggaraan Masjid yang telah ditubuhkan jawatankuasa Masjid yang sendiri tanpa selian dari NAZA.

Apa yang menariknya, Struktur seni bina masjid ini merupakan reka bentuk islamik kontemporari moden yang mengikut peralihan zaman namun diaplikasi didalam sebuah landskap masjid. Disamping itu, masjid  ini terletak berdekatan dengan pusat aktiviti sukan dan riadah seperti Stadium Shah Alam, pusat sukan lasak, stesen bas sementara Shah Alam dan banyak lagi. Sudah tentu bagi sesiapa sahaja yang datang pasti merasa tenang, dan menikmati ibadah dengan keselesaan dan kedamaian yang diidamkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *