Kediaman Reef of Tropic di Cyberjaya dijangka siap pertengahan 2022

Kediaman Reef of Tropic di Cyberjaya dijangka siap pertengahan 2022

PEMAJU hartanah, SP Setia Berhad melancarkan pembangunan baharu, Reef of Tropic Fasa 1 di Setia Eco Glades, Cyberjaya baru-baru ini.

Naib Presiden Eksekutif SP Setia, Datuk Koe Peng Kang berkata, kediaman dua tingkat itu dijangka siap pada pertengahan 2022 dengan kesemua 152 unit habis dijual pada hari pelancaran.

“Bermula dari 1,770 kaki persegi hingga 2,000 kaki persegi setiap unit Fasa 1 menawarkan reka bentuk tropika moden yang malar hijau.

“Kami juga bekerjasama dengan aplikasi komuniti pintar untuk pengurusan komuniti yang lebih baik seperti akses pemilik dan pelawat, e-bil dan pemberitahuan e-maklumat,” katanya dalam satu kenyataan.

Penduduk kediaman itu bakal menikmati akses jaringan jalan raya melalui Setia Eco Glades Interchange ke lebuh raya utama.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *