Kaw Kaw Bliese tawar duit raya RM7,000

Kaw Kaw Bliese tawar duit raya RM7,000

SHAH ALAM – Syarikat pengeluar wangian tempatan, Bliese Sdn Bhd menawarkan hadiah duit raya sebanyak RM7,000 bersempena dengan sambutan Raya Kaw Kaw bersama Bliese.

Ketua Pegawai Eksekutif Bliese, Suhaimi Saiful berkata, orang ramai berpeluang memenangi duit raya sebanyak RM 6,000 melalui peraduan Raya Kaw Kaw Gores dan Menang Duit Raya dan RM1,000 melalui Bliese Raya Kaw Kaw Challenge.

“Untuk menyertai peraduan Gores dan Menang Raya Kaw Kaw ini, pelanggan hanya perlu membeli pek edisi raya yang mana terdapat pelekat gores dan menang di dalam kotak tersebut.

“Jumlah duit raya yang dimenangi akan tertera setelah penggoresan dilakukan dan peraduan ini akan berlangsung dari 10 April sehingga 3 Jun 2022.

“Manakala, bagi peraduan Tiktok ‘Bliese Raya Kaw Kaw Challenge’ pula, peserta boleh menyertainya dengan membuat video TikTok yang paling kreatif berdurasi 30 saat berserta caption yang menarik disertakan dengan ‘hashtag’ #BlieseRayaKawKawChallenge.

“Mereka juga perlu menggunakan lagu raya Bliese Raya Kaw Kaw yang boleh didapati di dalam aplikasi TikTok. Para peserta wajib mempunyai akaun TikTok yang sah dan haruslah mengikuti akaun Tiktok @Bliesehq,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Bliese Raya Kaw Kaw Challenge

Bliese Raya Kaw Kaw Challenge

Menurutnya, peraduan tersebut dianjurkan bagi mengimarahkan suasana sambutan Hari Raya pada tahun ini setelah dua tahun tidak dapat beraya di samping keluarga tersayang.

“Selain itu, duit raya yang diberikan juga sebagai tanda penghargaan kami kepada ‘resellers’ dan pelanggan-pelanggan Bliese yang tidak pernah putus dalam menyokong pembangunan kami,” katanya.

Dalam pada itu, Suhaimi turut memberitahu Bliese mengeluarkan tiga jenis bauan terhad edisi raya pewangi kereta yang didatangkan bersama di dalam kotak yang boleh dijadikan sebagai buah tangan untuk pulang beraya atau hadiah semasa ziarah Aidilfitri.

“Tiga bauan pewangi kereta terhad edisi raya ini dinamakan sempena lagu raya iaitu Dendang Perantau, Anugerah Aidilfitri dan Balik Kampung bagi menggamit memori hari raya sebelum ini,” katanya.

Sumber