Kamarul Ariffin Mohd. Shahar sah sedia bertanding kerusi Exco FAM

Kamarul Ariffin Mohd. Shahar sah sedia bertanding kerusi Exco FAM

Kamarul Ariffin Mohd. Shahar sah sedia bertanding kerusi Exco FAM

Pengurus Persatuan Bola Sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM FA), Datuk Kamarul Ariffin Mohd. Shahar mengesahkan bersedia bertanding merebut jawatan Exco Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi penggal 2019-2021 pada Kongres Tahunan FAM ke-55 yang bakal berlangsung 13 Julai 2019.

Kekosongan satu jawatan Exco FAM selepas bekas Pengerusi Jawatankuasa Pengadil, Subkhiddin Mohd Salleh melepaskan kedua-dua jawatan itu pada November 2018.

Selain Kamarul Ariffin, Lima calon lagi yang dicalonkan dan diluluskan FAM untuk merebut jawatan itu adalah Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Khamal Idris Ali dan Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP), Dr Amar Pritpal Abdullah, Exco Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Syed Yazid Syed Omar; Exco Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Hairul Anwar Mohamed Noor dan Timbalan Presiden 2, Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Marzuki Sulong seperti yang telah diumumkan oleh Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin.

“Terlebih dulu saya ucapkan terima kasih kepada ahli gabungan FAM yang mencalonkan saya. Saya sudah dihubungi sekreteriat FAM untuk mengesahkan pencalonan saya untuk  bertanding bagi merebut jawatan tersebut selepas sekretariat FAM memaklumkan bahawa pencalonannya telah diterima ahli-ahli gabungan. Saya akan hantar surat jawapan kepada FAM dalam tempoh terdekat ini namun saya boleh sahkan yang saya akan bertanding dan akan menyerahkan surat jawapan borang setuju terima pencalonan dalam masa terdekat,” ujar Datuk Kamarul Ariffin.

“Kami akan bertanding secara sihat dan saya serah sepenuhnya kepada ahli gabungan untuk buat pilihan dan sudah pasti kami akan bertanding secara sihat kerana kami semua adalah rakan seperjuangan dalam arena bola sepak tempatan,” ulas beliau mengenai persaingannya dengan calon lain,

“Mereka (calon lain) adalah rakan seperjuangan saya dalam bola sepak. Jika terpilih untuk mengisi jawatan itu, saya akan berikan khidmat terbaik kepada bola sepak Malaysia untuk berada di tahap yang lebih baik,” tambah beliau.

“Saya harap akan dapat menyumbangkan sesuatu kepada bola sepak Malaysia untuk merealisasikan perancangan pelan F:30 mengenai pemain Naturalisasi dan Malaysia layak pada pusingan akhir Piala Asia 2020 yang telah dibuat Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin,”jelas Kamarul Ariffin ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa PDRM FA.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *