Kadar jangka pendek stabil disokong operasi BNM

Kadar jangka pendek stabil disokong operasi BNM

KADAR jangka pendek diunjur kekal stabil pada Selasa, disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM37.06 bilion dalam sistem konvensional manakala dana Islam RM33.97 bilion.

Bank pusat itu pada Selasa akan melaksanakan dua tender pasaran wang konvensional masing-masing bernilai RM1 bilion dan RM500 juta bagi tempoh tujuh hari dan 14 hari.

BNM turut menawarkan tiga tender qard bernilai RM1.3 bilion selama tujuh hari, RM1.1 bilion untuk tempoh 14 hari dan RM500 juta selama 21 hari.

Ia turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah komoditi bercagar untuk tempoh sebulan hingga tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan melaksanakan tender pasaran wang semalaman konvensional sehingga RM34.6 bilion dan RM30.1 bilion bagi tender semalaman Murabahah. – Bernama

Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium

Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Sumber