Kadar jangka pendek kekal stabil dengan campur tangan BNM

Kadar jangka pendek kekal stabil dengan campur tangan BNM

Bank Negara Malaysia - Foto 123RF

Bank Negara Malaysia – Foto 123RF

KADAR jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan RM44.43 bilion dalam sistem konvensional dan RM31.43 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan menjalankan dua tender pasaran wang konvensional bernilai RM1 bilion, masing-masing selama tujuh dan 14 hari, serta dua tender Qard yang terdiri daripada tender RM2.7 bilion untuk jangka masa tujuh hari dan tender RM1.1 bilion untuk 14 hari.

BNM juga akan menjalankan tender repo berbalik RM850 juta selama 185 hari.

Ia akan menerbitkan Bil Antara Bank Negara (BNIB) bernilai RM500 juta selama 94 hari dan turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu hingga tiga bulan.

Pada jam 4 petang, BNM akan menawarkan sehingga RM42.3 bilion untuk tender semalaman konvensional dan RM26.6 bilion untuk tender semalaman Murabahah. – Bernama

Sumber