Kadar jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM

Kadar jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM

KUALA LUMPUR – Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional susut kepada RM33.73 bilion daripada RM35.98 bilion pagi ini, manakala bagi dana Islam, ia jatuh kepada RM21.46 bilion daripada RM27.51 bilion.

Awal hari ini (Selasa), bank pusat menjalankan tiga tender pasaran wang konvensional, tigar tender Qard, dan satu tender Program Murabahah Komoditi.

Pada 4 petang, BNM menjalankan tender pasaran wang konvensional bernilai RM33.0 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM21.5 bilion, kedua-duanya bagi wang sehari.

Kadar faedah semalaman Islam purata ialah pada 1.72 peratus, manakala kadar satu, dua dan tiga minggu masing-masing pada 1.78 peratus, 1.82 peratus dan 1.85 peratus. – Bernama

Sumber