Kadar jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM

Kadar jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM

KADAR antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional susut kepada RM40.61 bilion daripada RM48.61 bilion pagi ini, manakala bagi dana Islam, ia berkurangan kepada RM21.30 bilion daripada RM23.89 bilion sebelumnya.

Awal hari ini, BNM menggendalikan tiga tender pasaran wang konvensional dan satu tender Qard lelongan julat tempoh matang Islam (iRMA).

Pada jam 4 petang, bank pusat mengadakan tender pasaran wang konvensional bernilai sehingga RM40.60 bilion dan tender pasaran wang Murabahah RM20.30 bilion, kedua-duanya untuk wang sehari.

Purata kadar semalaman Islam ialah pada 1.72 peratus, manakala kadar satu, dua dan tiga minggu masing-masing pada 1.78 peratus, 1.82 peratus dan 1.85 peratus. – Bernama

Sumber