Kadar jangka pendek ditutup stabil

Kadar jangka pendek ditutup stabil

KADAR antara bank jangka pendek ditutup stabil pada Isnin susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional turun kepada RM44.12 bilion daripada RM47.95 bilion pagi ini manakala mudah tunai dana Islam berkurangan kepada RM23.22 bilion daripada RM23.66 bilion.

Terdahulu, bank pusat mengadakan dua tender pasaran wang konvensional, dua tender Qard dan satu tender repo berbalik.

Ia juga mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta Komoditi Murabahah Bercagar untuk tempoh satu hingga tiga bulan.

Pada jam 4 petang, BNM menawarkan satu tender pasaran wang konvensional bernilai RM44.1 bilion dan satu tender pasaran wang Murabahah RM22.2 bilion, kedua-dua bagi wang sehari.

Selain itu, BNM turut menyemak semula tender semalaman Murabahah daripada RM21.2 bilion kepada RM22.2 bilion.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 2.75 peratus setakat 17 Mac 2023. – Bernama

Sumber