K•FISH tumpu pasar produk rumpai laut Korea di Asia Tenggara

K•FISH tumpu pasar produk rumpai laut Korea di Asia Tenggara

KUALA LUMPUR – Kira-kira 500 tahun dahulu, rumpai laut merupakan sajian yang dihidangkan kepada raja di Korea namun kini menjadi makanan harian orang kebanyakan di semua peringkat usia.

Rumpai laut atau dikenali sebagai Gim (disebut Kim) mempunyai sejarahnya tersendiri kerana dinamakan sempena nama seorang pengusaha ladang Gim yang menjadikannya hidangan kepada raja ketika pemerintahan Raja Injo satu ketika dahulu.

Teruja dengan warna hijau berkilat yang terhidang atas meja makan dan rasa yang enak, Raja Injo bertanyakan apakah makanan tersebut namun ketika itu rumpai laut belum mempunyai nama.

Apabila mengetahui lelaki bernama Yeo-Ik Gim merupakan orang pertama yang menemui makanan itu dan mengusahakan rumpai laut, Raja Injo memutuskan untuk menamakannya sebagai Gim bersempena nama individu berkenaan.

Sehingga kini, sejarah penemuan makanan popular masyarakat Korea itui diabadikan di pusat peringatan yang dibina di Bandar Gwangyang iaitu tempat asal ladang Gim.

Masuki pasaran antarabangsa

Merentasi zaman, Gim kini tidak hanya popular di Korea malah turut menjadi kegemaran masyarakat dunia membuatkan permintaan terhadapnya semakin meningkat.

Menyedari hal itu, Korea Seafood Trade Support Centre (Kuala Lumpur) di bawah jenama K•FISH Korean Seafood kini mengorak langkah melebarkan pasaran produk rumpai laut ke luar Korea dengan memberi tumpuan kepada pasaran Asia Tenggara.

Pengarah Urusannya, Lee Dong Jun berkata, syarikatnya bertanggungjawab dalam membangunkan industri produk makanan laut Korea termasuk rumpai laut bukan hanya keluaran K•FISH tetapi juga daripada pengusaha kecil dan sederhana di Korea.

Menurutnya, sebagai agensi kerajaan bawah Kementerian Lautan dan Perikanan (MOF) Korea, pihaknya juga berperanan mengembangkan pasaran produk rumpai laut ke negara ini dengan menyasarkan penglibatan pengedar tempatan.

“Rumpai laut Korea dikenali kerana keenakannya berbanding produk keluaran negara-negara lain. Gim ini juga mengandungi kandungan protein dan vitamin yang tinggi tetapi rendah kalori.

“Sebanyak 90 peratus Gim dari Korea adalah hasil ladang-ladang diusahakan dengan teknologi dan pemprosesan terbaik yang menjamin kualiti pengeluaran jauh lebih baik berbanding dari laut,” katanya kepada Sinar Harian.

Inovasi Gim cipta kelainan

Kepelbagaian jenis Gim yang ditawarkan melalui syarikat itu menjadikan produk makanan laut Korea berkenaan lain daripada yang lain.

Terdapat sekurang-kurangnya enam jenis Gim dipasarkan di negara ini yang kini telah menembusi pasar raya besar.

Lee Dong Jun menunjukkan produk terbaru Gim atau rumpai laut keluaran Korea yang dipasarkan di negara ini. - FOTO ZAHID IZZANI

Lee Dong Jun menunjukkan produk terbaru Gim atau rumpai laut keluaran Korea yang dipasarkan di negara ini. – FOTO ZAHID IZZANI

Lee Dong Jun berkata, Gim tradisional keluaran Korea yang mempunyai tekstur yang jauh lebih nipis, rangup dan mudah dimakan merupakan salah satu jenis Gim yang mendapat permintaan tinggi.

Selain itu katanya, terdapat juga Gim pelbagai perasa seperti pedas, BBQ, bawang putih, kari, kelapa, keju, dan badam.

“Istimewanya, Gim keluaran Korea juga mempunyai jenis sesuai untuk kanak-kanak yang mana kandungan garamnya lebih rendah. Terdapat juga Gim yang lapisan lebih tebal (compress) dengan pelbagai perasa dan bentuk.

“Ia boleh terus dimakan atau dimakan bersama nasi. Penggunaan Gim dalam makanan boleh dipelbagaikan dan mudah disediakan,” katanya.

Peluang jadi pengedar tempatan

Dalam usaha mengembangkan potensi pasaran, Korea Seafood Trade Support Centre (Kuala Lumpur) sedia menawarkan khidmat pemasaran dan promosi kepada pengimport di negara ini yang berminat untuk mengedarkan produk rumpai laut Korea.

Lee Dong Jun menjelaskan, menjadi antara tanggungjawab pihaknya untuk membantu bukan hanya pengeksport dari Korea, tetapi juga pengimport tempatan untuk membawa produk-produk rumpai laut ke pasaran tempatan.

“Kami selaku orang tengah antara pengeksport Korea dan pengedar tempatan. Sebagai agensi bawah kerajaan kami bertanggungjawab memperkenalkan produk makan laut Korea kepada pasaran Malaysia.

“Jadi kami tidak menjual secara terus, sebaliknya membuka peluang kepada pengimport tempatan yang mempunyai keupayaan untuk membawa produk ini secara terus dan diedarkan ke pasaran tempatan,” katanya.

Pihak yang berminat boleh melayari laman sesawang, www.suhyup-en.com atau ke pejabat Korea Seafood Trade Support Centre (Kuala Lumpur) di alamat Unit C-8-7, Level 8, KL Trillion Corporate Office, No.338 Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur.

Mereka juga boleh menghubungi talian 03-27328411/070/4085/1323 atau menghantar emel ke alamat klmy@kfishtrade.com atau faks ke talian 03-27328412.

K•FISH merupakan jenama produk rasmi Korea yang menghimpunkan makanan laut daripada syarikat-syarikat di negara itu untuk dibawa masuk ke pasaran beberapa negara termasuk Malaysia.

Produk-produk perikanan yang dipasarkan selamat, berkualiti tinggi dan melepasi piawaian penilaian yang ketat dari Kementerian Lautan dan Perikanan (MOF) Korea.

Pelbagai maklumat dan perkongsian mengenai produk-produk keluaran K•FISH Korean Seafood boleh didapati melalui laman media sosial iaitu KFISH Malaysia (Facebook), kfishmalaysia (Instagram) dan K•FISH Malaysia (Youtube).



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *