Jutawan bintang YouTuber

Jutawan bintang YouTuber

HANYA dengan mencipta akaun secara percuma di dalam platform saluran YouTube dan memuat naik video menarik, durian runtuh boleh diperoleh sekelip mata! Tidak percaya?

Itulah yang dilakukan 10 YouTuber yang berjaya meraih pendapatan luar biasa pada usia yang muda. Lebih sukar diterima akal, kanak-kanak yang berusia tujuh tahun pun boleh menjadi kaya-raya hasil penangan kuasa media sosial itu.

Tidak hairanlah jika mereka bijak menggunakan peluang yang ada untuk menarik perhatian pelayar Internet dengan pelbagai video menarik, rakaman muzik dan aksi bermain permainan atas talian yang hangat di pasaran.

Sebenarnya, bukan mudah untuk menjadi popular sebagai bintang Youtube. Lebih-lebih lagi memerlukan keyakinan yang tinggi dan content yang mampu memenuhi selera pelayar Internet yang sentiasa ‘laparkan’ input baharu dan video tular.

Namun dengan wujudnya lebih 1.3 bilion pengguna media sosial, mereka mampu mencipta ‘duit segera’ sekelip mata bergantung kepada jumlah langganan yang diterima seluruh dunia.

Berikut serba ringkas mengenai kejayaan hidup dan jumlah kekayaan yang dikumpulkan selepas mencipta nama dalam saluran Youtube masing-masing.

DANIEL MIDDLETON.

DANIEL MIDDLETON.

1-Daniel Middleton

Siapa kata menghabiskan masa dengan bermain game tidak menguntungkan? Lelaki kacak kelahiran British itu membuktikan minat mampu memberikan kekayaan sehingga mencecah $16.5 juta (RM68.82 juta).

Dengan 22.3 juta langganan, usahawan yang berusia 28 tahun itu meraih kekayaan hanya dengan video Minecraft sahaja dan pemilik akaun saluran Youtube DanTDM yang cukup popular seluruh dunia.

EVAN FONG yang popular dengan saluran Youtube VanossGaming.

EVAN FONG yang popular dengan saluran Youtube VanossGaming.

2.Evan Fong

Meskipun memiliki lebih empat juta langganan berbanding DanTDM, namun pendapatan yang diterima hanya $15.5 juta (RM64.65 juta) sahaja meletakkan pemilik akaun Youtube VanossGaming itu di tempat kedua.

Bukan sahaja memiliki kepakaran suntingan video kerana berpengalaman sebagai pengarah kreatif permainan video, Dead Realm, penulis bersama siri animasi komputer, Paranormal Action Squad itu juga berjaya menarik 9.3 bilion tontonan menerusi The VanossGaming Channel yang diwujudkan pada September 2011 lalu.

DUDE PERFECT.

DUDE PERFECT.

3.Dude Perfect

Lain pula kisah lima sahabat termasuk pasangan kembar terkenal, Cory dan Coby Cotton yang berjaya mencipta nama selepas rancangan sukan hiburan, Dude Perfect mendapat sambutan luar biasa.

Bukan sahaja memiliki saluran Youtube bernilai $14 juta (RM58.39 juta), lima sahabat yang juga bekas penuntut Universiti Texas A&M itu turut memegang pelbagai rekod dunia Guinness selain meraih 43 juta langganan seluruh dunia.

RANCANGAN popular, Markiplier dengan jumlah 23 juta langganan dan bernilai $12.5 juta (RM52.14 juta).

RANCANGAN popular, Markiplier dengan jumlah 23 juta langganan dan bernilai $12.5 juta (RM52.14 juta).

4.Mark Edward Fischbach

Seorang lagi produser video permainan yang merupakan anak kelahiran Honolulu, Hawai berusia 30 tahun sedang menuju senarai top 10 bintang Youtube paling kaya dunia dengan rancangan popular, Markiplier.

Dengan jumlah 23 juta langganan, rancangan bernilai $12.5 juta (RM52.14 juta) itu lebih kepada permainan video seram dan indie seperti Amnesia: The Dark Descent atau Slender: The Eight Pages.

LOGAN PAUL.

LOGAN PAUL.

5. Logan Paul

Seorang vlogger terkenal yang sentiasa mencuri tumpuan ramai termasuk siri pengembaraan terbaharu di Jepun yang cukup kontroversi kerana merakam insiden bunuh diri di Hutan Aokigahara yang terkenal dengan nama The Suicide Forest.

Bagaimanapun, kontroversi itu tidak menjejaskan popularitinya sebagai seorang pelakon dan bintang Internet apabila meraih tiga bilion tontonan dalam tempoh tiga tahun sahaja selain masih menerima 19 juta langganan dengan pendapatan mencecah $12.5 juta (RM52.14 juta).

PELAWAK warganegara Sweden itu meraih keuntungan hanya melalui rancangan PewDiePie dengan pendapatan $12.5 juta (RM52.14 juta).

PELAWAK warganegara Sweden itu meraih keuntungan hanya melalui rancangan PewDiePie dengan pendapatan $12.5 juta (RM52.14 juta).

6. Felix Arvid Kjellberg

Boleh dikatakan masih bergelar pengantin baharu selepas mendirikan mahligai cinta bersama kekasih hatinya dua bulan lalu, pelawak warganegara Sweden itu meraih keuntungan hanya melalui rancangan PewDiePie dengan pendapatan $12.5 juta (RM52.14 juta).

Bintang Youtube berusia 30 tahun itu menerima langganan sebanyak 96 juta apabila menjadi rancangan paling banyak dilanggan selain menjadi pengulas rancangan The Swedish Gaming pun meletakkan beliau sebagai selebriti internet paling kaya dengan anggaran nilai bersih $50 juta (RM208.55 juta).

ANTARA lagu yang menjadi hit dendangan Jake Paul.

ANTARA lagu yang menjadi hit dendangan Jake Paul.

7. Jake Paul

Adik kepada Logan Paul ini juga tak kurang hebatnya. Dengan pendapatan mencecah $11.5 juta (RM47.9 juta), bakat Jake yang juga pelakon, pemuzik dan produser video Youtube itu mula mendapat pengiktirafan dalam Vine.

Sejak penglibatan dalam Youtube pada 2013 dan beberapa tahun berikutnya, video yang dikongsi menerima lebih 4 bilion tontonan dan tidak ketinggalan, lagu ‘It’s Everyday Bro’ yang dilancarkan 2017 lalu menerima 70 juta tontonan dalam sebulan.

RYAN bersama ibu bapanya menjayakan rancangan Ryan ToysReview.

RYAN bersama ibu bapanya menjayakan rancangan Ryan ToysReview.

8. Ryan ToysReview

Hanya bermain dengan permainan, superstar cilik itu mampu menjana pendapatan $11 juta (RM45.82 juta) sekali gus menjadikan dirinya satu-satunya kanak-kanak berusia tujuh tahun yang mampu mendapatkan 14 juta langganan dalam tempoh tiga tahun.

Rancangan yang menerima 19 juta langganan itu dikatakan memberi kesan kepada industri permainan berbanding gelombang tsunami dibawa PewDiePie dan setakat ini, video paling popular berjaya menarik perhatian ramai ialah ‘Huge Eggs Surprise Toys Challenge’ dengan 1.3 bilion tontonan.

SMOSHdikatakan antara saluran Youtube paling lama sejak pelawak slapstick duo, Hecox dan Anthony Padilla menyertai platform itu pada 2005.

SMOSHdikatakan antara saluran Youtube paling lama sejak pelawak slapstick duo, Hecox dan Anthony Padilla menyertai platform itu pada 2005.

9. Smosh

Boleh dikatakan antara saluran Youtube paling lama sejak pelawak slapstick duo, Hecox dan Anthony Padilla menyertai platform itu pada 2005. Bertahun lamanya mereka menghasilkan parodi lucu dan muzik video permainan ikonik sehingga dikenali ramai.

Bagaimanapun, banyak berlaku perubahan drastik selepas Padilla mengumumkan untuk mengundur diri. Pun begitu, Smosh masih mampu mencapai pendapatan sehingga $11 juta (RM45.82 juta) dengan 24 juta langganan. Selepas pengurusan baharu ambil alih, krew lama masih dikekalkan dan kini beroperasi di pejabat Mythical Entertainment’s Los Angeles.

LILY menjadi tulang belakang dalam pembikinan Superwoman yang cukup terkenal.

LILY menjadi tulang belakang dalam pembikinan Superwoman yang cukup terkenal.

10. Lilly Singh

Satu-satunya bintang Youtube wanita yang mempunyai pendapatan $10.5 juta (RM43.74 juta) dengan 14 juta langganan seterusnya menduduki carta ke-10 paling kaya di dunia.

Bukan sahaja seorang vlogger warganegara Kanada, Lilly yang juga seorang produser video komedi dan penyanyi itu menjadi tulang belakang dalam pembikinan Superwoman yang cukup terkenal.

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *