Julie’s perkenal siri biskut baharu, Charm

Julie’s perkenal siri biskut baharu, Charm

PENGELUAR biskut berjenama popular, Julie’s melancarkan rangkaian produk biskut baharu, Charm yang diinspirasikan daripada pencuci mulut lazat, siri biskut pertama sejak penubuhannya.

Pengarah Julie’s Biskut, Tzy Horng Sai berkata, Charm diciptakan khas bagi menyuntik rasa pencuci mulut popular dan klasik serta yang mudah dimakan.

Menurutnya, biskut Charm itu boleh didapati dalam dua perisa yang lazat iaitu Double Chocolate (coklat berganda) and Tiramisu.

“Sejak penjenamaan semula syarikat pada tahun 2020, kami sentiasa mengambil pendekatan yang lain dari yang lain dalam memperkenalkan produk baharu di pasaran.

“Jenama Julie’s adalah sinonim dengan biskut yang berkualiti di kalangan pengguna.

“Justeru, dengan rangkaian biskut baharu ini, kami bukan sahaja ingin memperkenalkan produk yang lazat dan berkualiti, tetapi juga mahu memberi inspirasi positif kepada pengguna,” katanya dalam majlis ‘Me, Myself and Charm’ bagi pelancaran biskut baharu di APW Bangsar, di sini, pada Jumaat.

Menurut Horng Sai, Malaysia menjadi negara pertama yang melancarkan produk biskut Charm, dan akan dilancarkan secara berperingkat di luar negara.

Katanya, idea di sebalik biskut Charm itu adalah bagi mewujudkan produk untuk orang ramai boleh nikmatinya sebagai cara memanjakan diri.

Pengarah Julie's biskut, Tzy Horng Sai (tengah) ketika menuang 'simbolik bagi pelancaran biskut baharu di majlis 'Me, Myself and Charm', APW Bangsar, di sini, pada Jumaat.

Pengarah Julie’s biskut, Tzy Horng Sai (tengah) ketika menuang ‘simbolik bagi pelancaran biskut baharu di majlis ‘Me, Myself and Charm’, APW Bangsar, di sini, pada Jumaat.

Dengan produk ini, kami ingin mengingatkan pengguna untuk membenarkan diri menikmati sesuatu seperti Charm sekali-sekala dalam kehidupan mereka sebagai salah satu cara ‘self-love’.”

“Kami berharap produk baru ini dapat membawa impak positif dalam kehidupan pengguna,”katanya.

Double Chocolate adalah biskut berperisa coklat gelap yang merupakan perisa popular kegemaran ramai dan ia mempunyai tekstur licin dan berkrim yang cair di dalam mulut apabila dimakan.

Perisa Tiramisu pula lebih unik dan jarang dijumpai dalam bentuk biskut, menjadikannya pilihan yang menarik untuk pengguna yang ingin mencuba sesuatu yang berbeza.

Charm direka untuk dinikmati sebagai snek persendirian, atau dihidangkan bersama kopi dan teh, serta boleh digunakan sebagai bahan untuk membuat kek.

Orang ramai yang ingin merasai biskut Charm boleh membelinya di dalam talian melalui kedai rasmi Julie’s di Shopee and Lazada atau kunjungi kedai serbaneka atau pasar raya besar berdekatan.

Lawati laman web atau ikuti di Facebook dan Instagram Julie’s, dengan melayari pautan www.facebook.com/JuliesBiscuits dan www.instagram.com/juliesbiscuits untuk maklumat lanjut.



Sumber