Jom kenali jenis, kegunaan pisau

Jom kenali jenis, kegunaan pisau

DAPUR Femina kali ini mahu berkongsi berkenaan jenis-jenis pisau dan kegunaannya yang masih ramai tidak tahu. Ingat, dengan menggunakan jenis pisau yang betul berdasarkan kegunaannya, kerja di dapur akan jadi lebih mudah dan pantas. Bahkan, usia dan jangka hayat pisau anda juga lebih bertahan lama! Jom baca.

1) Pisau cef

Biasa digunakan dan sangat popular. Pisau ini mempunyai bilah yang kuat dan agak berat. Fungsinya untuk mencincang dan menghiris.

pisau chef

pisau chef

2) Pisau paring

Paling sesuai digunakan di dapur. Bentuknya kecil manakala hujungnya runcing dan tajam. Ia sesuai digunakan untuk mengupas kentang, buah-buahan, sayur-sayuran dan menghias serta membentuk buah-buahan.

pisau paring

pisau paring

3) Pisau boning

Mempunyai bilah yang kurus, melengkung dengan hujungnya yang lurus. Ia digunakan untuk memotong dan mengasingkan daging daripada bahagian tulang. Terdapat dalam versi fleksibel yang lebih sesuai untuk digunakan pada ikan dan ayam.

pisau boning

pisau boning

4) Pisau fillet

Bilahnya panjang dan langsing. Bentuk mata pisaunya lebih fleksibel. Selalu digunakan di dapur untuk kerja-kerja menyiang, menghiris daging dan membuat hirisan yang nipis.

pisau fillet

pisau fillet

5) Pisau utiliti

Bilahnya kecil dan runcing serta pelbagai fungsi. Reka bentuknya sesuai untuk memotong dan menghiris buah-buahan, sayur-sayuran dan membuat potongan daging kecil.

pisau utiliti

pisau utiliti

6) Pisau pemotong

Ia juga disebut choppers dan bentuknya serupa dengan pisau cleavers, cuma bahagian pemotongnya lebih nipis. Ia kerapkali digunakan untuk menghiris daging secara menipis. Ingat, ia tidak sesuai untuk potong tulang atau daging beku.

pisau pemotong

pisau pemotong

7) Pisau cleavers

Jenis pisau pemotong yang sebenar. Bilahnya besar bersegi empat tepat yang agak berat dan tebal. Ketebalan bahagian pemotong menjadikan ia sangat sesuai untuk tugasan berat seperti memotong bahagian daging yang besar, tulang rangka dan seumpamanya. Kebanyakan penjual daging dan ayam menggunakan pisau jenis ini.

pisau cleavers

pisau cleavers

8) Pisau santoku

Paling sesuai untuk memotong dan penyediaan daging, ikan dan sayuran. Bentuknya sedikit melengkung pada hujungnya. Pisau paling biasa digunakan suri rumah di dapur di negara ini.

pisau santoku

pisau santoku

9) Pisau roti

Ia bergerigi halus pada bahagian tajam pemotong. Bilahnya juga panjang dan kuat. Sesuai digunakan untuk memotong bahan atau makanan lebih lembut seperti roti dan tomato.

pisau roti

pisau roti

10) Pisau pallete

Pisau yang dikhaskan untuk memasak telur goreng atau omelettes serta pancake. Bilahnya tumpul memudahkan ia menyelit antara makanan dan kuali.

pisau pallete

pisau pallete

11) Pisau pengukir

Bilahnya nipis dan meruncing pada hujungnya. Ia sangat sesuai untuk membuat hirisan secara lebih nipis dan halus. Selalunya digunakan selepas makanan dimasak termasuk untuk memotong roti, makanan dipanggang, daging dan ikan bakar.

pisau pengukir

pisau pengukir

12) Pisau pencincang

Satu-satunya pisau yang mempunyai dua pangkal. Bilahnya sangat tajam, nipis dan melengkung. Bentuknya seakan sabit. Ia digunakan untuk mencincang dengan cara menekan hujung kiri dan kanan secara berselang-seli. Ia sangat jarang ditemui di dapur.

pisau pencincang

pisau pencincang



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *