Jom JUMPA @ Sungei Wang!

Jom JUMPA @ Sungei Wang!

Sungei Wang Plaza yang telah tersergam lebih 40 tahun telah berubah. Kalau tengok di luar kelihatan sama namun cuba masuk ke dalam plaza tersebut. Satu blok tambahan (annex) telah total transform.Blok tambahan ini ada enam tingkat. Terdapat lebih daripada 100 buah kedai dalam blok. Setiap level ada konsep yang tersendiri.

Terdahulu ada terdapat pasaraya Parkson disitu. Kawasan itu telah diubahsuai ruang niaga yang baharu dan lebih banyak kedai dan pelbagai pilihan untuk membeli-belah. Ada butik pakaian, spa kecantikan, pakaian berjenama dan taman permainan interaktif.

Antara kedai yang terdapat di Jumpa @Sungei Wang seperti Anta, Skechers, Love, Bonito, Boundlezz, Puma dan Outside. Jenama besar juga terdapat di situ seperti Giant, MR DIY dan Daiso.

Di JUMPA @ Sungei Wang banyak kafe Dan restoran yang boleh menjadi tempat untuk chill dengan kawan-kawan. Daya penarik Jumpa Sungei Wang di ruang pasar Little Asia yang mengetengahkan unsur warisan dengan jubin bercetak gaya Peranakan. Konsep moden dan suasana yang santai sangat sesuai dengan gaya hidup masa kini yang menyukai  ambience yang menarik dan ada kelainan.

Januari 2020 nanti akan dibuka premis baru iaitu MinNature. Tempat tersebut merupakan lokasi pameran miniatur cetakan 3D yang terbesar di Malaysia. Antaranya rekabentuk miniture rumah kayu, istana, dan banyak lagi. Pelancong luar negara amat sesuai berkunjung ke MinaNature kerana dapat melihat secara menyeluruh seni, budaya dan corak kehidupan rakyat Malaysia dalam satu bumbung.

Terdapat kawasan Main Creative Hub di JUMPA. Tempat ini diwujudkan untuk penggiat seni dan usahawan untuk mempamerkan hasil kerja mereka. Ada yang menganjurkan kelas jahitan, bengkel melukis dan menjual aksesori serta kraftangan

Bagi yang nak merasa aktiviti sukan indoor dan aktiviti rekreasi bolehlah berkunjung ke Camp5 yang merupakan gimnasium sukan memanjat dalam bangunan yang moden di Asia. Gaya hidup sihat dan aktif amat penting dan seiring dengan hidup penuh cita rasa dan bergaya.

Banyak lokasi dan sudut di Sungei Wang yang instagrammable. Apalagi, jom serbu Sungei Wang Plaza untuk membeli-belah, bersenam, bergembira atau berehat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *