Jawapan pada senggugut tanpa haid

Jawapan pada senggugut tanpa haid

PERNAHKAH anda mengalami sakit perut senggugut atau period pain, tetapi tidak ada darah haid yang keluar? Pelik dengan situasi yang berlaku kerana jika diikutkan tarikh dalam kalendar sudah tiba masanya anda datang haid.

BERBARING dan berehat apabila datang senggugut.

BERBARING dan berehat apabila datang senggugut.

Jika darah haid belum keluar dan anda masih merasa senggugut, ia menunjukkan tanda:

1. Kehamilan

Ada kemungkinan besar anda hamil. Semasa peringkat awal kehamilan, implantasi berlaku di mana janin mula melekat pada dinding rahim. Pada masa itu anda mungkin mengalami sedikit rasa seperti senggugut. Ujian kehamilan yang dibuat satu minggu selepas itu selalunya akan menunjukkan tanda positif.

Haid menjadi lewat kerana ovulasi terjadi lewat dan sakit perut yang anda rasa cuma sebahagian daripada PMS iaitu sindrom sebelum haid.

3. Putus haid

Selalu terjadi pada lewat usia 40 tahun. Ia bermula dengan kitaran haid yang tidak teratur beberapa bulan sebelumnya. Anda mungkin masih mempunyai rasa senak walaupun haid anda tidak datang. Anda hamil tetapi kandungan anda berada dalam salur peranakan. Ia boleh menyebabkan rasa sakit tanpa sebarang pendarahan faraj.

5. Sista ovari

Kehadiran sista ovari boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon dan menghalang haid anda dari terjadi. Ia juga boleh menyebabkan perut senak.

6. Terlalu kurus

Masalah gangguan makan seperti anoreksia atau bulimia boleh menyebabkan haid anda terhenti sama sekali dan ia sering disertai dengan masalah sakit pada perut.

Tip untuk melegakan ketidakselesaan:

– Berbaring dan berehat apabila berlaku senggugut

– Urut perut anda ubat angin – Melakukan senaman, termasuk senaman regangan.

– Mengambil ubat seperti naproxen atau ibuprofen.

– Mandi air panas atau meletakkan pad suam pada perut

Jika sakit masih tidak hilang dan semakin sakit, ia mungkin petanda serius dan elok jumpa doktor dengan segera.

Sumber: Klinikdrjuhidah.com



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *