Jakim, USIM bangunkan aplikasi al-Quran orang pekak

Jakim, USIM bangunkan aplikasi al-Quran orang pekak

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menjalin kerjasama dengan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) untuk membangunkan aplikasi al-Quran untuk golongan pekak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, projek yang telah mencapai 30 peratus siap itu diwujudkan bagi memastikan golongan orang kurang upaya (OKU) juga tidak terpinggir daripada mempelajari dan mendalami al-Quran.

“Kita sudah pun memberikan komitmen untuk biayai projek ini yang sekarang sudah mencapai 20 hingga 30 peratus siap.

“Aplikasi yang sedang dalam pembinaan ini dibuat supaya orang pekak dapat menghayati dan membaca al-Quran mengikut keupayaan mereka,” katanya pada sidang akhbar selepas program Malaysia #QuranHour 2019 di Masjid Putra di sini hari ini.

Mengulas lanjut mengenai usaha dilakukan kerajaan untuk membantu golongan istimewa itu, kata Mujahid, ketika ini sebanyak 12 juzuk al-Quran telah siap dimasukkan ke dalam aplikasi berkenaan.

“Secara asasnya untuk membina aplikasi ini bukan sesuatu yang mudah, namun dengan kerjasama strategik Jakim dan USIM ini, ia dapat dilakukan.

“Hasrat kita adalah untuk memastikan golongan ini tidak tercicir untuk membaca, memahami dan mengamalkan ajaran yang terkandung di dalam al-Quran,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia #QuranHour sejajar dengan gagasan ‘Rahmatan Lil Alamin’



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *