Jaga-jaga gejala strok haba

Jaga-jaga gejala strok haba

MALAYSIA mengalami pemanasan global atau fenomena ekuinoks dua kali setahun (Mac dan September).

Pendedahan suhu yang tinggi memberi risiko mendapat heat stroke (strok haba), iaitu suhu badan meningkat melebihi 40.5 oC. (Suhu normal 37 oC).

Golongan yang berisiko ialah kanak-kanak (65 tahun).

Tanda-tanda strok haba ialah sakit kepala berdenyut, mual, kurang berpeluh walaupun dalam suhu yang panas, denyutan nadi yang pantas dan boleh menyebabkan sawan, koma serta kematian.

Dehidrasi yang teruk menyebabkan kegagalan buah pinggang, otak, jantung dan hati.

Tip bagi mengelakkan strok haba ialah banyak minum air, lebihkan masa berada di dalam rumah (hadkan aktiviti luar), mandi, membuka kipas/pendingin hawa dan memakai pakaian yang ringan/longgar.

Semasa berada di luar, gunakan topi/payung dan memakai losen yang melindungi kulit daripada pancaran cahaya UVA dan UVB.

Segera ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut sekiranya mengalami simptom strok haba.

Doa Ketika Cuaca Panas :

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ ، مَا أَشَدَّ حَرَّ هَذَا الْيَوْمِ ، اللَّهُمَّ أَجِرْنِي مِنْ حَرِّ جَهَنَّمَ

Maksudnya : (Tiada tuhan melainkan ALLAH, Alangkah panasnya cuaca pada hari ini, Ya ALLAH Ya Tuhanku Jauhkanlah aku daripada panasnya neraka jahannamMu)

Info Sihat Dr Izani

Sumber: Institut Latihan KKM



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *