IWK rangkul empat anugerah

IWK rangkul empat anugerah

SHAH ALAM – Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd telah merangkul empat anugerah berprestij di Anugerah Tenaga Kebangsaan 2021 (National Energy Awards 2021) dan Anugerah Kecemerlangan Perniagaan STAR (Star Outstanding Business Awards (SOBA) 2021).

IWK dalam satu kenyataan berkata, kemenangan kolektif itu mengesahkan keazaman syarikat dalam mencapai agenda kemampanannya selaras dengan pendekatan ekonomi kitaran.

“Syarikat pembetungan nasional ini telah dinobatkan sebagai juara bagi dua kategori iaitu Anugerah Tenaga Kebangsaan (NEA) 2021 dan Anugerah Tenaga ASEAN 2021 bagi Pengurusan Tenaga Industri Kecil dan Sederhana serta Kecekapan Tenaga Industri Kecil dan Sederhana.

“Anugerah yang mewakili peringkat Kebangsaan dan ASEAN ini telah mengiktiraf pencapaian IWK untuk lojinya di Loji Rawatan Serantau Putrajaya 1. Ia mengukur kejayaan syarikat dalam melaksanakan sistem pengurusan tenaga yang mampan serta peningkatan kecekapan dan pengurangan kos,” jelas kenyataan itu pada Isnin.

Menurut kenyataan itu, bagi Anugerah SOBA 2021 pula, IWK membawa pulang dua pingat Perak untuk kategori Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dan Anugerah Inisiatif Hijau.

“Anugerah CSR tersebut telah mengiktiraf inisiatif IWK dalam usahanya tanpa henti bagi membantu komuniti setempat, terutama ketika cabaran pandemik bermula atau semasa bencana banjir besar yang melanda negara.

IWK menyalurkan pelbagai bentuk bantuan kepada golongan yang terlibat dengan banjir besar.

IWK menyalurkan pelbagai bentuk bantuan kepada golongan yang terlibat dengan banjir besar.

“Bagi Anugerah Inisiatif Hijau, penganugerahan ini mengiktiraf inisiatif IWK bagi menggerakkan agenda alam sekitar dalam proses, program dan keseluruhan operasi perniagaannya,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutifny, Narendran Maniam berkata, IWK telah mengambil langkah berani terutamanya di dalam agenda ekonomi kitaran dan terus memacu kecekapan operasi dan keberkesanannya dalam melindungi alam sekitar, kesihatan awam, sekali gus dalam memastikan kemampanan kewangan syarikat.

“Inisiatif dan inovasi di dalam pengurusan sistem pembetungan adalah penting kerana IWK berhadapan dengan pelbagai cabaran seperti kenaikan kos, perbezaan besar antara kos operasi dan caj perkhidmatan IWK, serta serta peningkatan penggunaan tenaga elektrik,” katanya.

Beliau berkata, IWK menyelenggara lebih daripada 7,000 loji rawatan kumbahan dan menyediakan perkhidmatan kepada lebih daripada 26 juta penduduk setara.

IWK menyalurkan pelbagai bentuk bantuan kepada golongan yang terlibat dengan banjir besar.

IWK menyalurkan pelbagai bentuk bantuan kepada golongan yang terlibat dengan banjir besar.

“Syarikat ini merawat lebih daripada 6,000 juta liter air sisa kumbahan sehari dengan keupayaan untuk beroperasi 24 jam sehari, tujuh hari seminggu,” katanya.

“Proses rawatan air sisa kumbahan adalah sukar dan dengan peningkatan perbelanjaan operasi, ia sentiasa memberi IWK cabaran berat untuk sentiasa merawat air sisa kumbahan secara efektif sebelum dilepaskan kembali ke sungai atau perairan.

“Walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran, kita tetap fokus untuk kekal mewujudkan kesan positif. Melalui program “IWK Cares”, IWK telah banyak melaksanakan aktiviti yang menglibatkan masyarakat, dengan fokus kepada pelindungan dan pemeliharaan alam sekitar,” katanya.

Sumber