Istimewa Hari Malaysia: Segalanya tentang nasi lemak

Istimewa Hari Malaysia: Segalanya tentang nasi lemak

SEMPENA bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2019 yang akan disambut Isnin ini, Hotel Grand Ion Delemen, Genting Highlands menyediakan bufet nasi lemak pertama di Malaysia.

Menariknya, bufet nasi lemak itu bukan hanya menyediakan nasi yang dimasak dengan santan bersama daun pandan, sambal istimewa, ditambah dengan telur rebus, kacang goreng, ikan bilik dan timun.

Pihak hotel telah menyediakan menu istimewa iaitu nasi lemak burger dan nasi lemak piza.

Menurut Chef Eksekutif Hotel, Sam Khaw, selain nasi lemak, mereka turut menyediakan menu tambahan iaitu rendang, kari dan beberapa menu terkenal lain.

Antara menu bufet yang disediakan.

Antara menu bufet yang disediakan.

“Sambil bercuti, pengunjung boleh makan makanan enak bukan hanya untuk golongan dewasa, tetapi juga kanak-kanak,” katanya.

Sebagai tambahan, menu lain seperti pulut kuning berlapis sambal bilis dan hati ayam bersama kacang buncis turut disediakan.

Untuk pencuci mulut, pengunjung boleh menikmati pelbagai minuman tropika termasuk aiskrim nasi lemak dan jeli kelapa.

Lebih istimewa untuk pemegang akaun Air Asia, tebus mata ganjaran 888 apabila menikmati makan malam di bufet nasi lemak di Hotel Grand Ion Delemen Genting Highlands pada 14 dan 15 September ini.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *