Hyundai Nexo diiktiraf

Hyundai Nexo diiktiraf

INSTITUT Insurans Keselamatan Jalan Raya (IIHS) mengumumkan kenderaan sel bahan api (FCV) pertama, Hyundai Nexo yang diuji berjaya memperoleh markah cemerlang Top Safety Pick+.

Hyundai Nexo berkuasa hidrogen dibina pada Jun lalu yang hanya terdapat di California, Amerika Syarikat telah diuji atas permintaan daripada pengeluar Hyundai itu sendiri dan hasilnya, cukup mengagumkan.

Untuk mencapai markah tertinggi di dalam ujian pelanggaran IIHS, sesebuah kenderaan perlu mempunyai penarafan baik dalam enam ujian yang dijalankan seperti pelanggaran bertindih kecil kiri, pelanggaran bertindih kecil kanan, pelanggaran bertindih sederhana hadapan, pelanggaran sisi, kekuatan struktur bumbung dan kekangan kepala (head restrain) serta tempat duduk.

Pengarah Perancangan Produk Hyundai Motor America, Scott Margason berkata, Hyundai dan pasukan kejuruteraannya akan terus menghasilkan kenderaan lebih selamat dengan penambahan ciri keselamatan standard yang aktif, keutamaan keselamatan dan kemudahan terkini bagi pengalaman pemanduan yang sempurna.

“Di Nexo kami ada semua itu, kami menekankan keutamaan pada ciri keselamatan dengan teknologi sokongan pemandu yang mesra pengguna dan perlindungan penumpang yang sangat baik dalam kelas kenderaan berkuasa hidrogen.

“Sementara dua lagi ciri seperti lampu utama dan pencegahan pelanggaran hadapan juga merupakan ciri bonus bagi melayakkan sesebuah kereta memperoleh skor cemerlang,” katanya dalam satu kenyataan media baru-baru ini.

Margason menambah, Hyundai Nexo lulus dengan cemerlang dalam kesemua ujian yang dijalankan.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *