Huawei P30 Series masuk pasaran Malaysia

Huawei P30 Series masuk pasaran Malaysia

HANYA seminggu selepas di Paris, Huawei melancarkan pula Huawei P30 Series di negara ini, semalam.

Huawei dilihat memimpin trend penemuan teknologi beberapa tahun kebelakangan ini. Justeru, tidak hairanlah Revolusi Huawei P30 Series baharu kali ini lebih mantap.

Timbalan Pengarah Negara, Kumpulan Perniagaan Pengguna Huawei (Malaysia), Matthew Ng menyifatkan, Huawei P30 Series bakal memainkan peranan penting dalam mengubah jangkaan pengguna terhadap fotografi menggunakan telefon pintar.

“Kami berhasrat kukuh sebagai peneraju inovasi teknologi dengan penyelidikan dan pelaburan berterusan.

“Inovasi Huawei SuperSpectrum Sensor dan SuperZoom Lens antara terbaik. Huawei P30 Series memberi ‘kuasa’ kepada orang ramai untuk merakamkan keindahan dunia sejati di sekeliling melalui peranti yang sesuai hanya di telapak tangan mereka,” katanya semasa pelancaran Huawei P30 Series di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid, semalam.

Dengan pelbagai ciri canggih diketengahkannya, Huawei terbukti menjadi pemecah rekod dalam industri telefon pintar.

Huawei P30 Series mampu mengambil gambar dan video dengan paparan luar biasa dalam setiap senario, umpama mengalahkan pereka bentuk dan fotografi profesional.

Sensor SuperSpectrum Huawei yang inovatif, SuperZoom Lens optik, Kamera Huawei Masa Penerbangan (ToF) baru, dan teknologi penstabilan imej optik dan AI yang dipertingkatkan, antara yang mampu mengujakan!

Huawei P30 Series baharu dilengkapi dengan lensa SuperZoom, dipasang ke casis ultra tipis.

Melalui reka bentuk periscope baharu, Siri P30 Huawei berupaya dikendali dengan 5X zoom optik, 10X zoom hibrid dan sehingga 50X zoom.

Huawei P30 Pro dilengkapi dengan Sistem Kamera Quad Leica yang baharu, termasuk kamera utama 40MP dengan Sensor SuperSpectrum Huawei, kamera sudut ultra-lebar 20MP, kamera telephoto 8MP, kamera HUAWEI ToF dan 32MP kamera depan.

Terdahulu, turut dilancarkan semasa majlis ialah komputer riba Huawei MateBook 13 dan perkenalan teknologi jam pintarnya, Huawei Watch GT.

Model Huawei P30 dan Huawei P30 Pro baharu akan tersedia untuk jualan di Malaysia mulai 6 April 2019 bermula dengan harga RM2,699.

Warna tersedia bagi model ini ialah ‘Breathing crystal’, ‘Aurora’ dan hitam.

Untuk maklumat lanjut, layari web https://consumer.huawei.com/my/ atau Facebook rasmi Huawei di www.facebook.com/HuaweiMobileMY



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *