Huawei Mate40Pro telefon pintar serba boleh di pejabat anda!

Huawei Mate40Pro telefon pintar serba boleh di pejabat anda!

Huawei jenama telefon pintar yang sentiasa ke depan dalam pembangunan teknologinya. Tidak mahu ketinggalan, Huawei bertindak pantas melahirkan telefon baru berteknologi tinggi iaitu Huawei Mate40 Pro.

Penciptaan paling hebat dalam sejarah Huawei, kemunculan Huawei Mate40 Pro dipenuhi dengan ciri-ciri yang mengagumkan dan inovasi yang super! Sama ada dari segi fotografi, ciri-ciri yang digunakan untuk pekerjaan, dan fungsi yang digunakan untuk kehidupan moden anda.

Pernah dinobatkan telefon pintar 2020, Huawei Mate40 Pro akan membuktikan jenama paling unggul yang memberi impak maksima dalam kehidupan dan kerjaya anda.

Apa yang menarik dengan Huawei Mate40 Pro untuk kerjaya anda?

Huawei Mate40 Pro mempunyai banyak ciri; salah satunya ialah Huawei Notepad yang kini dapat mengenalpasti teks dan membolehkan anda mengekstrak teks dan berkongsi dengan rakan sekerja anda dengan cepat dan pantas.

Kolaborasi pelbagai skrin menawarkan cara baru bagi pengguna untuk memindahkan fail dengan mudah dan membuka tiga aplikasi di desktop secara serentak di Huawei MateBook anda.

Oleh itu, anda boleh mengadakan panggilan persidangan, memeriksa dokumen, dan mengawasi kemas kini berita sekaligus. Sekiranya komputer riba anda kehabisan bateri, anda juga boleh menggunakan Smart Multi-Window di Mate40 Pro anda. Menarik kan!

Memiliki tingkap terapung dengan ukuran yang boleh disesuaikan akan memudahkan anda membuat tugasan di pejabat, bahkan semasa di bilik mesyuarat.

Di dalam mesyuarat, anda boleh membuka cadangan anda, mencatat dengan aplikasi Notepad, dan menggunakan kalkulator jika anda perlu. Apabila selesai, cukup sekadar kongsikan minit mesyuarat kepada rakan sekerja anda. Jadi, ia betul-betul berfungsi dan memudahkan kerja anda!

Terlupa mengecas telefon pintar anda semalaman dan kehabisan masa untuk perjumpaan dalam talian anda yang bermula dalam masa kurang dari 10 minit. Jangan bimbang, ada jalan penyelesaiannya.

Huawei Mate40 Pro menyokong 66W Huawei Wired SuperCharge. Sekalipun anda tengah Coffee Break, masa yang anda menambah bateri telefon anda. Yang paling penting, anda tidak perlu membayar kos tambahan untuk menikmati pengecasan Superfast ini kerana ia disertakan secara percuma.

Satu lagi ciri yang luar biasa ialah Golden Snap 2.0. Ada masanya anda memerlukan dokumen kepada pelanggan atau pembekal tetapi tidak ada pengimbas. Biasanya, anda menggunakan telefon pintar untuk mengimbas dokumen tetapi terdapat bayang di atasnya.

Namun, dengan Golden Snap 2.0 yang eksklusif untuk pengguna Huawei Mate40 Pro, anda boleh mengimbas dokumen tanpa pengimbas dan bayang dengan telefon pintar sekarang.

Ciri seterusnya adalah menggunakan perisian komunikasi eksklusif, Huawei MeeTime Tidak hanya membolehkan anda membuat panggilan video yang lebih cerah dan lebih lancar, tetapi yang paling penting ia dilengkapi dengan fungsi skrin berkongsi yang membolehkan anda membincangkan kertas kerja dengan kepuasan maksima.

Apa yang Google ada, Huawei juga memilikinya

Huawei Mobile Services (HMS) telah meningkat dengan pesat sepanjang tahun lalu dan telah membantu meningkatkan kehidupan pengguna dengan aplikasi pintar.

Apa sahaja yang dimiliki Google, Huawei memilikinya. Malah, Huawei dapat melakukan yang lebih baik dengan menawarkan pengalaman dan ganjaran terbaik kepada pengguna.

Huawei telah melancarkan perkhidmatan pembayaran mudah alih baru, Huawei Pay. Pengguna kini boleh melakukan transaksi yang selamat dengan satu ketukan pada telefon pintar Huawei. Anda hanya perlu sambungkan kad kredit ICBC UnionPay anda. Kad debit dari bank utama, kad prabayar dan e-wallet akan tersedia di Huawei Pay tidak lama lagi.

Selain Huawei AppGallery dan Huawei Pay, terdapat juga aplikasi baru seperti Petal Maps dan Huawei Docs! Bagi pengguna Mate 40 Pro, mereka akan mendapat penstoran awan Huawei 50GB percuma selama 12 bulan, akses VIP Video Huawei 3 Bulan, baucar RM40 untuk Huawei Books dan banyak lagi.

Cepat dapatkan Huawei Mate40 Pro di pasaran!

Huawei Mate40 Pro, telefon pintar serba boleh ditawarkan dengan harga RM4,299. Pembeli turut menerima FREEBIES bernilai sehingga RM3,300 termasuk Huawei Sound X bernilai RM1,299 (terhad kepada 1000 unit sahaja).

Telefon pintar ini akan mula dijual secara rasmi pada 12 Disember 2020. Ia boleh didapati di laman web rasmi Huawei, Huawei Experience Stores, dan kedai telekomunikasi terpilih lain.

Cepat dapatkan segera. Ia pasti memudahkan kehidupan dan kerjaya anda. Jom serbu pusat jualan Huawei berdekatan anda!



Sumber