Hotel ternama di Ipoh penuhi permintaan sektor pelancongan

Hotel ternama di Ipoh penuhi permintaan sektor pelancongan

TRAVELODGE Hotels Asia (TLA), salah satu syarikat hotel kelas pertengahan yang berkembang paling pesat di Asia. Melebarkan sayap di Malaysia, TLA melancarkan hotel keempatnya, Travelodge Ipoh di Ipoh, Perak.

Hotel berkenaan yang dahulunya dikenali sebagai Heritage Hotel Ipoh telah dibuka susulan penjenamaan semula dan kerja pembaharuan.

Pengarah Urusan TLA, Marcus Aw berkata, ia sejajar usaha agresif kerajaan untuk merangsang pelancongan Malaysia dan menarik 30 juta pengunjung antarabangsa.

“Kewujudan ruang pertumbuhan sangat besar khususnya untuk jenama hotel kelas pertengahan global yang dapat memenuhi keperluan pelancong yang mementingkan harga murah.

“Sememangnya terdapat perancangan untuk memperkenalkan jenama Travelogue kepada bandar-bandar lain seperti Kota Kinabalu, Melaka, Johor Bahru dan Kuching, Sarawak. Itu juga penting bagi membina portfolio kami selari dengan sasaran TLA untuk membuka 15 hotel di Malaysia menjelang tahun 2025,” katanya dalam kenyataan media baru-baru ini.

Travelodge Ipoh, terletak berhampiran zon perniagaan dan beberapa tarikan pelancongan terkenal seperti Concubine Lane, Mural Art Lane, Tokong Perak Tong, Kellie’s Castle dan Gua Tempurung.

Ia menawarkan 268 bilik yang telah diperbaharui dalam lima kategori iaitu Superior, Deluxe, Premier, Family Deluxe dan Family Suite bagi memenuhi keperluan pengunjung yang datang baik untuk tujuan perniagaan mahupun percutian.

Hotel berkenaan menawarkan dua bilik mesyuarat, tiga dewan tari-menari dan sebuah dewan tari-menari besar, sekali gus menjadikannya lokasi ideal untuk mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran.

Pelbagai fasiliti lain turut ditawarkan termasuk jaringan internet berkelajuan tinggi, televisyen satelit, laundromat layan diri, gimnasium, kawasan permainan kanak-kanak dan The Lodge yang berfungsi sebagai ruang komunal multi fungsi dan ruang makan, untuk memberikan pengalaman Travelodge Ipoh yang menjanjikan keselesaan, kemudahan dan ketersambungan.

ANTARA kemudahan yang disediakan di Travelodge Ipoh.

ANTARA kemudahan yang disediakan di Travelodge Ipoh.

Terdahulu, TLA turut membuka pasaran hotelnya di Malaysia di Bukit Bintang pada tahun 2018. Itu diikuti tiga lagi hotel lain masing-masing di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Ipoh, iaitu Travelodge City Centre, Travelodge Georgetown dan Travelodge Ipoh.

TLA adalah antara syarikat hotel kelas pertengahan antarabangsa yang berkembang paling pesat di Asia dan telah membuka 13 hotel di sembilan bandar termasuk Bangkok, Batam, Hong Kong, Kuala Lumpur, Pattaya, Pulau Pinang, Singapura, Seoul dan Ipoh, kesemuanya dalam tempoh kurang daripada tiga tahun.

Untut maklumat lanjut, sila layari www.travelodgehotels.asia.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *