Hotel SCAPES tawar promosi menarik

Hotel SCAPES tawar promosi menarik

PEMAJU hartanah terkemuka, LBS Bina Group Berhad (LBS) mengumumkan hotel miliknya, Hotel SCAPES yang terletak di Genting Highlands mula beroperasi semula bermula 1 November lalu dan menawarkan pelbagai promosi menarik kepada tetamunya.

LBS dalam satu kenyataan berkata, sebagai menghargai pelanggan hotel tersebut, Hotel SCAPES mengadakan beberapa promosi menarik bermula 1 Disember hingga 1 Januari 2021 antaranya makan malam bbq sempena kedatangan Hari Krismas.

“Promosi istimewa lain yang ditawarkan ialah pakej bilik bermula RM210 pada hari biasa, manakala bermula daripada RM250 pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Pakej bilik yang disediakan pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad termasuk sarapan pula bermula RM338.

“Hotel SCAPES turut menawarkan promosi ‘dine-in’ istimewa kepada tetamu antaranya untuk Hi Tea @ Lemon 3, makan malam bufet @ Lemon 3 dan makan malam bbq mini @Poolside dan malam malam bbq @Poolside tertakluk kepada tarikh yang telah disediakan,” jelas kenyataan itu pada Selasa.

Hotel SCAPES menyediakan bilik yang selesa dengan harga yang berpatutan.

Hotel SCAPES menyediakan bilik yang selesa dengan harga yang berpatutan.

Menurut kenyataan itu, keselamatan tetamu dan pekerja hotel akan terus menjadi keutamaan dengan mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) terkini dan pelaksanaan langkah pencegahan yang komprehensif.

“Inilah masanya untuk lari seketika dari kesibukan kota dan luangkan masa berkualiti bersama keluarga tersayang serta nikmati pemandangan indah atau kunjungi tempat-tempat menarik tumpuan para pelancong yang terletak berhampiran dengan hotel,” kata kenyataan itu.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi serta kadar bilik, layari https://scapeshotel.com



Sumber