‘Hospital di Malaysia bertaraf dunia’

‘Hospital di Malaysia bertaraf dunia’

Beberapa pesakit antarabangsa yang ditemui Sihat:Aktif berpuas hati dengan profesionalisme pakar, infrastruktur

BUKAN saja warga Singapura,malah dari Malaysia dan Brunei turut memilih hospital di Malaysia sebagai destinasi untuk mendapatkan khidmat pakar tempatan demi untuk merawat sebarang penyakit.

Kru Sihat:Aktif baru-baru ini berpeluang mewawancara beberapa pesakit antarabangsa yang mendapatkan rawatan di Pusat Mata & Lasik Prof Muhaya yang terletak di Kajang, Selangor, Institut Jantung Negara dan Hospital Gleanegles Pulau Pinang.

Masing-masing meluahkan rasa puas hati dan berbaloi terbang dari jauh untuk pulih sedia kala. Ikuti hasil temu bual terbabit:Pesakit 1

Ciri Islamik, halal dorong warga Singapura dapatkan rawatan di Malaysia

REDZUAN bersama ahil keluarganya.

REDZUAN bersama ahil keluarganya.

SEBELUM matahari mula ‘menampakkan diri’, seorang warga Singapura, Muhamad Redzuan Zaini, 39, telah memulakan perjalanannya ke ReLEx-SMILE, Pusat Mata & Lasik Prof Muhaya yang terletak di Kajang, Selangor.

Meskipun jarak dari Pasir Ris, Singapura ke Kajang mengambil masa kira-kira enam jam, bukan satu masalah buat Muhamad Redzuan.

Beliau yang bekerja sebagai jurutera juga tidak kisah memandu berjam-jam lamanya asalnya dapat bertemu dan berbincang dengan pakar di pusat rawatan mata tersebut.

“Sebenarnya sudah lama saya mencari rawatan yang boleh menyembuhkan mata saya yang rabun. Kebetulan rakan saya pernah membuat rawatan di sini. Namun sebelum itu saya membuat perbandingan rawatan mata di Singapura.

“Selepas diteliti saya lebih tertarik dengan khidmat pakar di Malaysia. Pertama, pusat ini mesra pelanggan dan paling signifikan, ia berlandaskan Islamik.

“Jadi saya tidak perlu lagi meragui tentang halal dan haram terhadap bahan yang digunakan. Suasana di pusat ini juga selesa dan staf bertugas menganggap kami sebagai tetamu dan bukannya pesakit,” katanya yang ditemani ahli keluarganya ketika ditemui Sihat:Aktif di Pusat Mata & Lasik Prof Muhaya baru-baru ini.

Muhamad Redzuan yang berpuas hati dengan caj rawatan yang murah turut mengambil kesempatan membawa keluarganya bercuti di sekitar ibu kota yang menawarkan destinasi dan makanan yang enak.Pesakit 2

Harga rawatan di Malaysia sangat kompetitif

MUHAMAD

MUHAMAD

SEORANG pesakit dari negara Brunei yang hanya mahu dikenali sebagai Muhamad, 28, turut mendapat perkhidmatan di Pusat Mata & Lasik Prof Muhaya di Kajang, Selangor.

Katanya, beliau sanggup terbang ke negara ini kerana mahu mendapatkan rawatan berkaitan kosmetik berikutan masalah yang dihadapinya sejak dua tahun lalu.

Ditanya bagaimana dirinya mengetahui tentang pusat rawatan itu, Muhamad berkata, semua maklumat disalurkan oleh rakan baiknya.

“Alhamdulillah, saya berjaya menjalani rawatan dengan baik. Bagi saya, perkhidmatan, staf, infrastruktur, pakar perubatan dan layanan yang diberikan amat baik, menarik dan kos lebih menjimatkan.

“Setelah membuat pengiraan, ternyata harganya masih kompetitif meskipun wang Brunei ditukar kepada Ringgit Malaysia,” katanya yang sempat meluangkan masa melawat beberapa lokasi popular di Kuala Lumpur.

Berbicara lanjut, Muhammad berkata, dengan makanan, budaya dan bahasa hampir sama seperti di negaranya membuatkan beliau tidak ragu-ragu untuk bertandang ke Malaysia sekali lagi.Pesakit 3

Ulasan pakar di Malaysia mudah difahami

ISMAIL

ISMAIL

BAGI Ismail Daud, 30, yang berasal dari Narathiwat, Thailand berkata, beliau secara peribadi memilih untuk menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara (IJN), Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Ujar Ismail, dalam kalangan penduduk Thailand, nama IJN sudah tersohor sebagai pusat rawatan jantung yang mempunyai kepakaran hebat berhubung jantung.

“Saya bertuah kerana yang pertama, jarak dari Narathiwat ke Kuala Lumpur tidaklah begitu jauh dan yang kedua, saya mempunyai kenalan di Malaysia yang berbesar hati untuk membantu saya,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Cerita Ismail, pada mulanya, beliau dijadualkan untuk menjalani pembedahan pintasan jantung di negaranya sendiri.

Namun, atas beberapa faktor dan secara kebetulan insurans meluluskan permohonannya untuk membuat rawatan di Malaysia, beliau tidak menoleh ke belakang.

“Saya sudahpun berbincang dengan pakar di IJN. Nampaknya segalanya berjalan lancar. Pakar-pakar di sini membuat ulasan tentang jantung dengan cara yang mudah untuk saya fahami,” katanya.

Ketika artikel ini disiarkan, Ismail dilaporkan sudah selamat menjalani pembedahan pintasan jantung di IJN pada penghujung bulan Jun lalu.Pesakit 4

‘Perkhidmatan yang diperoleh melebihi harapan kami’

FRANCISCA bersama suami dan anaknya, Ronaldo Melviano Gan yang mendapatkan rawatan.

FRANCISCA bersama suami dan anaknya, Ronaldo Melviano Gan yang mendapatkan rawatan.

MENDENGAR tentang pengalaman seorang doktor pakar di Malaysia telah mendorong Francisca dari Jakarta, Indonesia terbang ke Malaysia.

Kepada Sihat:Aktif wanita itu memberitahu, beliau mahu mendapatkan rawatan yang terbaik untuk anaknya, Ronaldo Melviano Gan yang baru berusia enam bulan.

Menceritakan pengalamannya, Francisca berkata, sebaik beliau melangkahkan kaki ke Hospital Gleneagles Pulau Pinang, dirinya berasa cukup kagum.

“Perkhidmatan yang kami peroleh di sini melebihi harapan kami. Saya turut difahamkan di Malaysia, bilangan pakar dalam pelbagai bidang cukup banyak. Sungguh beruntung orang Malaysia.

“Doktor yang saya temui pula ialah pakar bedah pediatrik dan ahli urologi yang terbaik di Pulau Pinang,” katanya yang berterima kasih dengan kesungguhan pakar yang memberi rawatan ke atas jantung hatinya itu.

Ujar Francisca lagi, penjelasan doktor yang profesional tentang penyakit anaknya sebelum dan selepas rawatan cukup terperinci. (Bagaimanapun, ketika ditemu bual responden enggan mendedahkan jenis penyakit anaknya).Pesakit 5

Reputasi hebat hospital beri keyakinan untuk sembuh

JOHAN hadir ke Malaysia ditemani isterinya, Silvia.

JOHAN hadir ke Malaysia ditemani isterinya, Silvia.

BERASAL dari Solo, Indonesia, Johan Danu Saputra, 34, bukan sahaja datang melancong ke Malaysia tetapi pada masa sama turut mendapatkan rawatan di Hospital Gleneagles Pulau Pinang.

Usahawan itu berkata, banyak laporan yang mengatakan bahawa hospital swasta di negara ini bertaraf dunia.

Selain itu, ramai pengamal perubatan lebih profesional dan berpengalaman membuatkan beliau teruja ke sini.

“Komen-komen yang membina membuatkan saya mengambil keputusan ke Hospital Gleneagles di Pulau Pinang. Kehadiran saya nampaknya ibarat serampang dua mata. Kami dimaklumkan bahawa negeri ini mempunyai pelbagai tempat menarik untuk dikunjungi dan makanannya juga sedap. Mungkin faktor-faktor itu boleh membantu menenangkan dan menyegarkan minda saya,” katanya dengan nada girang kepada Sihat:Aktif baru-baru ini.

Enggan mengulas lanjut bentuk rawatannya di hospital itu, Johan berkata, beliau mengharapkan dirinya dapat sembuh seperti sedia kala. Sebelum ini, lelaki itu sudah pergi ke beberapa hospital lain, namun hasilnya kurang memberangsangkan.

Katanya lagi, biarpun pada asalnya terdapat rekomendasi untuk ke pusat rawatan lain, beliau tetap memilih Hospital Gleneagles di Pulau Pinang memandangkan reputasi hebatnya.APA KATA PELANCONG PERUBATAN?

ABDUL MUHAIMIN

ABDUL MUHAIMIN

“Malaysia pilihan kami sekeluarga. Bagi saya, kos perubatan juga berpatutan untuk warga asing. Namun yang paling penting, kami tidak mengalami masalah komunikasi.

– Abdul Muhaimin Vana, 31. (Pereka grafik dari Pattani, Thailand)

NURHAFFIELDA

NURHAFFIELDA

“Saya setuju apabila ramai yang berkata industri pelancongan kesihatan di Malaysia disegani ramai dan setanding dengan negara maju lain. Malaysia turut mempunyai pulau yang cantik untuk dilawati seperti Langkawi yang mana sesuai untuk pesakit mendapatkan ketenangan selesai mendapatkan rawatan.”

-Nurhaffielda Hasalluddin, 20. (Penasihat kecantikan, Songkla, Thailand)

PRAKASH

PRAKASH

“Hospital di Malaysia dilengkapi teknologi canggih dan lengkap. Saya pernah ada pengalaman dirawat di hospital Malaysia apabila mengalami kecederaan ringan ketika melancong. Bukan itu sahaja, saya juga terpesona dengan tempat-tempat yang menarik di Malaysia terutamanya bandar Kuala Lumpur.”

-Prakash Bahadur, 26. (Juruteknik dari Nepal)ANEKDOT – Pelancongan kesihatan

Pelancongan kesihatan di Malaysia

Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC):

• Sebuah agensi kerajaan di bawah Kementerian Kewangan Malaysia.

• Ditubuhkan pada tahun 2009 untuk memudah dan mengembangkan industri penjagaan kesihatan Malaysia di bawah jenama Malaysia Healthcare dengan matlamat menjadikan Malaysia destinasi penjagaan kesihatan utama di dunia.

• Malaysia Healthcare merupakan contoh model perkongsian awam-swasta (PPP) yang berjaya dalam mengembangkan sektor pelancongan kesihatan di Malaysia.

• Mempunyai 76 ahli (21 ahli elit, 55 ahli biasa)

Inisiatif Utama MHTC untuk tahun 2020:

• Malaysia Tahun Pelancongan Kesihatan 2020 (MYHT 2020)

• Menggunakan tagline Pengalaman Malaysia Healthcare.

• MYHT 2020 bertujuan menggerakkan Malaysia ke peringkat dunia.

• Memulakan kempen pada tahun 2019 yang dikenali sebagai Share My Experience (SMX) bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai Malaysia Healthcare.Ciri-ciri Malaysia Healthcare:

1) Kualiti kelas dunia

•Para pesakit dipantau secara teliti oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

•Mendapat akredatasi antarabangsa.

•Mempunyai kemudahan teknologi moden.

•Pakar, pegawai, staf yang terlatih.

2) Mudah diakses•Waktu menunggu yang minimum.

•Pelbagai jenis rawatan disediakan.

•Akses terus dengan pakar.

3) Kemampuan yang kompetitif

• KKM mengawal kadar siling untuk rawatan penjagaan kesihatan

• Harga lebih rendah berbanding pesaing lain di rantau ini.

4) Komunikasi•Rata-rata boleh berbahasa Inggeris, Hindi, Mandarin, Melayu dan banyak lagi.

•Mempunyai ramai penterjemah.

5) Hub Halal Global•Memiliki banyak kemudahan seperti surau.

•Penggunaan bahan perubatan yang halal.

•Mempunyai makanan halal yang banyak.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi:

Laman web: www.medicaltourismmalaysia.com

Telefon: 03-2726 8688 / 1 800 188 688 Rakan kerjasama elit MHTC

Ahli elit MHTC

– Alpha Fertility Centre.

– Ara Damansara Medical Centre.

– Beverly Wilshire Medical Centre.

– Fertility Associates.

– Gleneagles Kuala Lumpur.

– Gleneagles Penang.

– Island Hospital.

– KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital.

– KPJ Damansara Specialist Hospital.

– KPJ Tawakkal Specialists Centre.

– Loh Guan Lye Specialists Centre.

– Mahkota Medical Centre.

– National Heart Institute/ Institut Jantung Negara.

– Pantai Hospital Kuala Lumpur.

– ParkCity Medical Centre.

– Penang Adventist Hospital.

– Prince Court Medical Centre.

– Subang Jaya Medical Centre.

– Sunfert @ Bangsar South.

– Sunway Medical Centre.

– Thomson Hospital Kota Damansara.

Ahli biasa:

– Advance Vision Eye Specialist Centre.

– ALPS Medical Centre.

– Assunta Hospital.

– Avisena Specialist Hospital.

– Beverly Wilshire Dental.

– Borneo Medical Centre.

– Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur.

– Columbia Asia Hospital (Puchong).

– Dentalpro Dental Specialist Centre.

– DSS Dialysis Centre (Da Vita).

– Genesis IVF & Women’s Specialist Centre.

– Gleneagles Kota Kinabalu.

– Gleneagles Medini.

– Golden Horses Health Sanctury.

– IMU Oral Health Centre.

– International Specialist Eye Centre (ISEC).

– Jesselton Medical Centre Sdn Bhd.

– Kedah Medical Centre.

– KL Fertility Centre.

– KPJ Bandar Maharani Specialist Hospital.

– KPJ Ipoh Specialist Hospital.

– KPJ Johor Specialist Hospital.

– KPJ Kajang Specialist Hospital.

– KPJ Klang Specialist Hospital.

– KPJ Pahang Specialist Hospital.

– KPJ Pasir Gudang Specialist Hospital.

– KPJ Penang Specialist Hospital.

– KPJ Perdana Specialist Hospital.

– KPJ Pusat Pakar Mata Centre for Sight.

– KPJ Rawang Specialist Hospital.

– KPJ Sabah Specialist Hospital.

– KPJ Selangor Specialist Hospital.

– KPJ Seremban Specialist Hospital.

– Metro IVF Fertility Centre.

– Normah Medical Specialist Centre.

– Oriental Melaka Straits Medical Centre.

– Pantai Hospital Ayer Keroh.

– Pantai Hospital Ipoh.

– Pantai Hospital Penang.

– Pristine Dental Centre.

– Prof Muhaya Eye and Lasik Centre.

– Puteri Specialist Hospital.

– Regency Specialist Hospital.

– Sentosa Medical Centre.

– Sri Kota Specialist Medical Centre.

– Tawau Specialist Polyclinics.

– The Tun Hussein Onn National Eye Hospital.

– Timberland Medical Centre.

– TMC Fertility & Women’s Specialist (Johor).

– TMC Fertility & Women’s Specialist Centre (Puchong).

– TMC Fertility & Women’s Specialist Centre (Pulau Pinang).

– Topvision Eye Specialist Centre.

– Tung Shin Hospital.

– UMSC Ambulatory Care & Specialist Clinic.

– White Dental Cosmetic Centre.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *