Honor X9 5G, Honor X8 buat peminat Malaysia teruja

Honor X9 5G, Honor X8 buat peminat Malaysia teruja

HONOR Malaysia (Honor) melancarkan telefon pintar baharu Honor X9 5G ditambah dengan kemunculan semula Honor X8 membuatkan peminat di Malaysia teruja apabila jualan pra-tempah mula dibuka.

Honor dalam kenyataan memaklumkan, keterujaan bertambah apabila peminat memuji kualitinya yang premium, dinilai sebagai ‘bilangan ‘rating’ bagus pengguna tertinggi dalam telefon android’ oleh pengguna Tmall China.

Tambahnya, Honor X9 5G itu menampilkan ciri-ciri hebat dalam dunia telefon pintar dan dinobatkan sebagai jualan paling laris oleh media China.

“Kelebihan jangka hayat Honor X9 5G yang hanya menyusut 3.8 peratus dalam ujian simulasi dengan ketahanan 36 bulan membuktikan kualiti ketahanan serta jangka hayatnya.

“Ini sekali gus membina keyakinan kukuh dalam kalangan komuniti Honor dan yang lain,” kata kenyataan itu pada Jumaat.

Tambah Honor, paparan penuh 120 Hz dengan peneraju bezel sempit super dalam industri, menarik perhatian peminat dengan ciptaan perantinya yang maju.

Honor X9 5G

Honor X9 5G

“Honor X9 5G membawakan paparan kadar segar tinggi 120 Hz bagi membolehkan pengguna menonton filem tanpa henti, dilancarkan lagi dengan bezel Super-Narrow 1.05mm dan nisbah skrin ke badan 94 peratus untuk pemandangan yang sinematik.

“Ditambah dengan paparan FullView Honor 6.81 inci yang menyokong 16.7 juta warna, membuktikan paparan skrinnya yang terang untuk ditonton,” ujarnya.

Dalam pada itu, Honor X9 5G boleh dikuasakan sehingga 50 peratus dengan hanya 15 minit mengecas dan cas penuh dalam tempoh 43 minit sahaja.

“Semua orang menginginkan hayat bateri yang baik. Kita hanya memerlukan satu peranti eksklusif yang boleh bertahan dalam apa jua keadaan.

“Terima kasih kepada Honor SuperCharge 66W dan bateri tahan lama 4800mAh.

“Sekarang anda boleh memuat turun sebanyak mana permainan yang anda mahu dan bermain sepanjang hari,” jelasnya.

Selain itu, Honor X9 5G juga tidak ketinggalan dari segi prestasinya kerana peranti berkuasa ini memiliki pemproses Qualcomm Snapdragon 695 5G yang memberi pengalaman bermain game dengan lancar.

“Honor RAM Turbo meningkatkan keberkesanan prestasinya, sekali gus pemain dapat menikmati pengalaman bermain game sepenuhnya dengan lancar.

“Menaiki takhta dalam kedudukan di game FPS kini hanya tinggal satu langkah!,” katanya.

Sementara itu, bagi Honor X8 hadir dengan tiga pilihan warna Titanium Silver, Ocean Blue dan Midnight Black bagi (6GB + 2GB RAM Extension) + 128GB ROM.

Honor X8

Honor X8

Menurutnya, Honor X8 yang ultra nipis, ringan berukuran 7.45mm dan seberat 177 gram itu sangat sesuai untuk wanita kerana mudah dimuatkan dalam beg tangan dan poket seluar.

“Kamera Quad 64MP membawakan hasil fotografi yang premium ketika ‘Outfit Of The Day (OOTD) membeli-belah bersama rakan-rakan.

“Terima kasih kepada kamera sudut lebar 5MP dengan sudut pandang 120° dan aperture f/2.2 yang melengkapkan kehendak gaya foto wanita waktu malam untuk dimuat naik di Instagram.

“Paparan FullView Honor 6.7 inci yang dipadankan bersama kadar segar 90Hz serta nisbah skrin ke badan 93.6 peratus memberikan pandangan yang selesa untuk tontonan filem tanpa henti,” katanya.

Selain itu, Honor juga menampilkan rekaan kemas Honor MagicBook 16 dengan hanya seberat 1.84kg yang sesuai untuk pekerja profesional atau apa jua keadaan.

Honor MagicBook 16

Honor MagicBook 16

“Menampilkan paparan anti silau IPS 16.1 inci dengan bezel nipis 5.1mm untuk pengalaman tontonan terhebat, disokong oleh resolusi video 1080p dan kadar segar tinggi 144Hz bagi keseronokan penuh sama ada untuk kerja-kerja profesional atau santai.

“Honor MagicBook 16 memiliki pemproses AMD Ryzen 7 5800H dapat meningkat prestasinya sehingga 26 peratus jika dibandingkan dengan generasi sebelumnya.

“Prestasi grafiknya juga ditambah baik sehingga 15 peratus, menjadikannya lebih sesuai untuk bermain game dan memproses fail-fail multimedia yang berat termasuk gambar, vide dan perisian suntingan.

“Honor MagicBook 16 akan didapati dalam versi 16GB + 512GB dengan warna Space Grey,” ujarnya.

Pra tempah sekarang untuk mendapatkan hadiah percuma seperti Honor Choice Earbuds X, Honor X9 5G Casing, Honor Magic Watch 2 46mm, tetikus tanpa wayar dan beg galas komputer riba.

“Pra-tempah Honor X9 5G dan Honor X8 bermula dari 29 Mac hingga 6 April dan Honor MagicBook 16 yang kompak dan berkuasa dibuka untuk pra-tempahan bermula 29 Mac hingga 13 April.

“Pra-tempah hari ini dengan Public Bank untuk dapatkan 5,000 mata Public Bank! Tiada tawaran mata ganjaran sehebat ini!

“Tertakluk kepada terma dan syarat. Pelan ansuran tanpa faedah tersedia untuk bank terpilih sahaja. Sila semak dengan kedai atau bank anda secara langsung tentang ketersediaan pelan ansuran serta terma dan syarat lain yang berkenaan,” katanya.

Sumber