Honor tawar hadiah bernilai RM10 juta

Honor tawar hadiah bernilai RM10 juta

HONOR Malaysia (Honor) menawarkan hadiah bernilai RM10 juta kepada pelanggan bertuah yang menyertai Jualan Hujung Tahun Honor yang diadakan bermula sekarang hingga 2 Januari depan.

Honor dalam satu kenyataan berkata, dengan pembelian Honor 50 Lite melayakkan satu cabutan bertuah dengan ganjaran hadiah bernilai RM10 juta termasuk sebuah Honda City atau 1 daripada 500 units DJI OM 4 SE.

“Cabutan bertuah juga disediakan termasuk pembelian Honor 50 atau Siri Honor Magicbook,” jelas kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, mereka yang berminat perlu mengaktifkan peranti yang baru dibeli sebelum 9 Januari 2022.

“Dengan hanya satu penyertaan bagi setiap unit yang dibeli, mereka perlu melayari https://www.hihonor.com/my/support/luckydraw-application/ untuk menghantar penyertaan mereka, tertakluk kepada terma dan syarat.

“Honor 50 Lite boleh didapati di kedai Honor seluruh negara, Honor eStore, Lazada, Shopee, DiGi, Maxis, Senheng dan senQ,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, Honor bersama ratu cantik dan pengacara, Natalia Ng turun padang bertemu orang awam untuk mendengar pendapat mereka apabila membeli telefon pintar baharu.

“Kebanyakan mereka yang ditemui memberikan jawapan mengenai pengecasan pantas dengan jangka hayat bateri panjang, skrin besar untuk hiburan, kualiti kamera hebat dan mampu dibeli. Honor 50 Lite telah memenuhi permintaan rakyat Malaysia,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, Honor menegaskan terdapat tiga sebab utama memiliki telefon pintar dengan pengalaman tahap flagship pada harga yang sangat berpatutan.

Menurut kenyataan itu, sebab pertama ialah pengecasan pantas Honor 66W dengan bateri 4300mAh kerana Honor 50 Lite mampu mengecas sehingga 40 peratus dalam 10 minit, pemiliknya tidak perlu bimbang kehabisan kuasa dengan bateri 4300mAh.

“Sebab kedua ialah paparan LCD pengiktirafan TÜV Rheinland perlindungan mata tahap perkakasan pertama dunia dan bingkai super narrow 1.05 milimeter (mm).

“Sebab ketiga pula ialah mengetengahkan kuad kamera ultra-clear 64MP dan kamera utama apertur F/1.9 memberi hasil rakaman berkualiti premium dengan pelbagai elemen yang menangkap butiran halus, setanding dengan sediaan kamera professional,” jelas kenyataan itu.

Honor juga menyediakan video yang memaparkan Natalia Ng bertemu dengan orang awam untuk memperkenalkan Honor 50 Lite kepada mereka menerusi video di https://fb.watch/9OEvYyhv28/.

Sumber