Musim perayaan semakin dekat, dan HONOR Malaysia akan menjadikannya lebih bermakna dengan menawarkan diskaun eksklusif serta hadiah premium untuk peranti-peranti pilihan. Kempen Festive Holiday Season HONOR akan bermula dari 6 Disember 2024 hingga 1 Januari 2025, memberikan peluang kepada pembeli untuk menikmati tawaran hebat pada telefon pintar flagship seperti HONOR Magic V3 dan HONOR Magic6 Pro. Sama ada anda ingin menaik taraf telefon pintar, mencari tablet baharu untuk bekerja, atau mencari hadiah perayaan, HONOR mempunyai sesuatu yang istimewa untuk semua.
Jimat RM500 Untuk HONOR Magic V3 – Telefon Boleh Lipat AI Paling Nipis Pada Harga RM6,499
Pembeli kini boleh menikmati penjimatan besar dengan diskaun sehingga RM500 untuk peranti dan tablet terpilih. Telefon boleh lipat HONOR Magic V3, yang merupakan telefon dengan teknologi AI paling nipis dan ringan, kini ditawarkan pada harga RM6,499 selepas diskaun RM500 daripada harga asal. Sementara itu, HONOR Magic6 Pro boleh dimiliki pada harga RM3,699 selepas penjimatan RM300. Tawaran eksklusif ini boleh didapati di semua HONOR Stores di seluruh negara dan kedai atas talian HONOR Malaysia.
Belanja RM699 untuk Sertai Kempen Kotak Misteri dan Menangi HONOR Magic V2
Sebagai tambahan, pembeli yang berbelanja RM699 ke atas di HONOR Stores terpilih di Johor, Pahang, Kuala Lumpur, Sarawak, dan Pulau Pinang berpeluang memenangi HONOR Magic V2 dengan menyertai Kempen Kotak Hadiah Misteri. Untuk butiran lanjut, sila lawati laman sesawang atau laman Facebook rasmi HONOR Malaysia.
Hadiah Premium dengan Setiap Pembelian
Kempen perayaan ini tidak hanya menawarkan diskaun hebat, tetapi juga hadiah premium dengan setiap pembelian telefon pintar dan tablet terpilih. Pembeli boleh membawa pulang hadiah eksklusif bernilai sehingga RM1,898, termasuk pengecas tanpa wayar HONOR SuperCharge dan perlindungan skrin selama 365 hari HONOR. Tawaran ini hanya tersedia berdasarkan siapa cepat, dia dapat!
Untuk senarai penuh peranti dan tawaran yang terlibat, sila rujuk ke jadual berikut:
Produk | Cadangan Harga Runcit | Harga Diskaun | Hadiah Percuma |
HONOR Magic V3 | 6999 | 6499 | Pelindung Skrin V3 HONOR 365 Hari dan pemegang pengecas tanpa wayar HONOR SuperCharge |
HONOR Magic6 Pro | 3999 | 3699 | HONOR Earbuds X6, Penggantian 365 Hari Retak Depan & Belakang dan 1 Tahun Waranti Lanjutan |
HONOR 200 Pro | 2699 | 2499 | HONOR Earbuds X6, Penggantian 365 Hari Retak Depan & Belakang dan hadiah percuma HONOR terpilih |
HONOR 200 (512GB) | 2199 | 1999 | HONOR Earbuds X6, Penggantian 365 Hari Retak Depan & Belakang dan hadiah percuma HONOR terpilih |
HONOR 200 (256GB) | 1899 | 1699 | HONOR Earbuds X6, Penggantian 365 Hari Retak Depan & Belakang dan hadiah percuma HONOR terpilih |
HONOR 200 Lite | 1299 | – | Perlindungan 365 Hari Retak Depan & Belakang dan hadiah percuma HONOR terpilih |
HONOR X9c 5G (512GB) | 1699 | – | HONOR Choice Earbuds X7e, Perlindungan 365 Hari Retak Depan & Belakang, Jaminan bateri 36 bulan, Penggantian Satu Sama Satu 180 Hari dan hadiah percuma HONOR terpilih |
HONOR X9c 5G (256GB) | 1499 | – | |
HONOR X7c | 699 | – | Penggantian 365 Hari Depan & Belakang Replacement dan hadiah percuma HONOR terpilih |
HONOR X7b 5G | 899 | 769 | – |
HONOR X6b | 599 | 499 | – |
HONOR Pad 9 WiFi | 1499 | 1399 | Papan Kekunci HONOR Pad 9 Smart Bluetooth, HONOR CHOICE Pencil dan hadiah percuma HONOR terpilih |
HONOR Pad 9 5G | 1799 | 1699 | Papan Kekunci HONOR Pad 9 Smart Bluetooth, HONOR CHOICE Pencil dan hadiah percuma HONOR terpilih |
HONOR Pad X9 (256GB) | 1199 | 1099 | Papan Kekunci HONOR Pad X9 Smart Bluetooth, HONOR SuperCharge Power Adapter dan hadiah percuma HONOR terpilih |
HONOR Pad X9 (128GB) | 1099 | 899 | Papan Kekunci HONOR Pad X9 Smart Bluetooth, HONOR SuperCharge Power Adapter dan hadiah percuma HONOR terpilih |
HONOR MagicPad 2 | 2799 | – | Papan kekunci HONOR Magic Keyboard dan HONOR Magic Pencil 3 |
HONOR Pad X8a | 799 | 749 | Pelindung Flip HONOR Pad X8a |
HONOR Pad X8a Kids Edition | 699 | – | Percuma Pelindung Keselamatan Kanak-kanak dan Drawing Stick |
Hadiah Terbaik di Bawah RM60 – HONOR CHOICE Earbuds X7 Lite
Mencari hadiah yang mesra bajet? HONOR CHOICE Earbuds X7 Lite boleh didapati pada harga hanya RM59.90, sesuai sebagai hadiah perayaan. Tersedia secara eksklusif di HONOR Stores mulai 9 Disember 2024 hingga 1 Januari 2025, earbuds ini menawarkan prestasi hebat dengan harga yang berpatutan.
Perkhidmatan Membalut Hadiah Percuma
Untuk menjadikan hadiah anda lebih bermakna, HONOR menawarkan perkhidmatan membalut hadiah secara percuma untuk semua pembelian semasa kempen perayaan ini. Perkhidmatan ini tersedia di semua HONOR Stores dan memberikan sentuhan magis pada hadiah anda untuk orang tersayang atau penggemar teknologi.
HONOR Magic V3: Telefon Boleh Lipat AI Paling Nipis dan Ringan
HONOR Magic V3, telefon boleh lipat dengan RAM 12GB dan storan 512GB, kini boleh didapati dengan diskaun sempena kempen musim perayaan ini. Dikenali sebagai telefon lipat yang lasak dan nipis, HONOR Magic V3 didatangkan dalam warna Mossy Green, Silk Brown, dan Classic Black. Selain reka bentuk ultra-slim, telefon ini dilengkapi dengan teknologi AI terkini termasuk Face-to-Face Translation, AI Eraser, HONOR Notes, dan Magic Portal. Bateri 5,150mAh dan pengecasan berkuasa HONOR SuperCharge 66W menjadikan peranti ini pilihan utama.
HONOR Magic6 Pro – Terokai Ciri-Ciri Canggihnya
HONOR Magic6 Pro menawarkan RAM 12GB dan storan 512GB, dilengkapi dengan hadiah premium bernilai RM1,197, termasuk HONOR Earbuds X6 dan waranti tambahan. Telefon ini menampilkan kamera tele-falcon 180MP dan kamera utama Super Dynamic Falcon 50MP, serta paparan skrin yang tahan lasak dengan HONOR NanoCrystal Shield. Dikuasakan oleh bateri karbon silikon 5600mAh dan pengecasan 80W HONOR Wired SuperCharge, HONOR Magic6 Pro adalah pilihan terbaik untuk pengguna yang mahukan prestasi terbaik.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kempen perayaan ini dan tawaran eksklusif HONOR, sila kunjungi laman Facebook rasmi HONOR Malaysia atau laman sesawang rasmi di https://www.honor.com/my/.