HONOR Hargai Wira Merah: Diskaun Eksklusif untuk Bomba Malaysia

HONOR Malaysia dengan bangganya mengumumkan bahawa telefon pintar terlaris siri X terbaharu, HONOR X9d 5G, telah dipilih sebagai telefon rasmi pilihan dalam sebuah majlis penghargaan khas bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Pengiktirafan ini berlangsung di ibu pejabat jabatan berkenaan di Putrajaya dengan kehadiran anggota bomba, pegawai kanan serta wakil media.

Majlis ini diadakan bagi menghargai keberanian dan pengorbanan anggota bomba Malaysia di samping menonjolkan ketahanan luar biasa HONOR X9b 5G yang direka untuk menahan keadaan ekstrem, sama seperti semangat wira negara. Lebih bermakna, HONOR memperkenalkan varian warna Reddish Brown bagi X9d 5G yang melambangkan “Wira Merah”, gelaran yang sinonim dengan identiti anggota bomba.

HONOR X9b 5G menonjol dengan ciri ketahanan tinggi, seiring dengan cabaran harian anggota bomba yang sering berdepan persekitaran tidak menentu. Telefon pintar ini hadir dengan ketahanan air, hentakan dan haba yang dipertingkatkan. Ia dilengkapi penarafan kalis air IP69K, pensijilan SGS Triple-Resistant Premium Performance serta jaminan perlindungan kerosakan cecair selama setahun, menjadikannya pilihan ideal untuk gaya hidup lasak. Ketahanan ini turut diperkukuhkan dengan perlindungan retak depan dan belakang selama 365 hari serta waranti tambahan setahun, menjadikan HONOR X9b 5G telefon pintar pertama di Malaysia yang menawarkan pakej perlindungan komprehensif seperti ini.

Selain ketahanan, HONOR X9d 5G menawarkan enam naik taraf utama yang meningkatkan prestasi keseluruhan. Ia dipacu oleh bateri besar 8,300mAh yang mampu bertahan sehingga tiga hari dengan sekali cas, skrin OLED 6.79 inci beresolusi 1.5K dengan tahap kecerahan sehingga 6,000 nits untuk pengalaman visual lebih mengasyikkan, serta cip Snapdragon 6 Gen 4 yang memberi peningkatan ketara berbanding model sebelumnya. Telefon pintar ini juga dilengkapi pembesar suara stereo dwibass dengan bunyi sehingga 400 peratus lebih lantang. Semua ciri ini ditawarkan pada harga yang sama dengan generasi terdahulu, bermula dari RM1,499.

Sebagai tanda penghargaan kepada dedikasi dan keberanian anggota bomba, HONOR Malaysia menawarkan diskaun eksklusif sebanyak 15 peratus bagi pembelian HONOR X9b 5G sempena pelancaran jualan pertama seluruh negara pada 10 Oktober. Anggota bomba hanya perlu mendaftar menggunakan alamat e-mel rasmi jabatan di laman web HONOR untuk menikmati tawaran ini. Setiap pembelian turut disertakan dengan hadiah eksklusif bernilai RM946 termasuk jam tangan pintar HONOR Watch 2i, perlindungan retak depan dan belakang selama 365 hari, waranti tambahan setahun serta perlindungan kerosakan cecair selama setahun.

HONOR X9d 5G hadir dalam empat pilihan warna iaitu Reddish Brown, Forest Green, Sunrise Gold dan Midnight Black. Ia ditawarkan dalam dua varian storan iaitu 24GB RAM (termasuk 12GB HONOR Turbo RAM) + 256GB dengan harga RM1,499 dan 512GB pada harga RM1,699. Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR X9d 5G, layari laman rasmi HONOR Malaysia di www.honor.com/my.

Golden Crown Bonus Codes change frequently, so players should check updates often. These codes unlock spins, cashbacks, or even 100% deposit matches. With honest terms and clear expiry dates, everything stays transparent. Aussie players appreciate the straightforward approach and reliable support team.