Honda Meet & Greet gamat!

Honda Meet & Greet gamat!

TIDAK keterlaluan rasanya apabila penulis menyimpulkan Honda merupakan jenama kegilaan masyarakat Malaysia.

Walaupun menerima kecaman hebat oleh netizen ekoran pelbagai kejadian negatif berlaku sepanjang tahun 2019 mengaitkan jenama tersebut, namun ia sedikit pun tidak menjejaskan reputasi kepopularannya.

Masakan tidak, kebanyakan golongan muda yang baru menempuh alam pekerjaan akan meletakkan Honda sebagai satu sasaran kenderaan yang bakal dimiliki walaupun harganya agak sedikit mahal.

Seperti sedia maklum, jenama Honda tidak pernah mengecewakan pembeli dengan setiap produk ditawarkannya. Jentera keluarannya sentiasa mempunyai peminatnya yang tersendiri sama ada dari segi reka bentuk, teknologi ataupun pengaruh emblem ‘H’ itu sendiri.

Disebabkan permintaan yang sangat menggalakkan dan mempunyai peminatnya yang ramai di Malaysia, maka tidak hairanlah penganjuran Honda Meet And Greet yang kini memasuki siri ke-6 yang berlangsung di Padang Kawad Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, Perak awal Disember lalu cukup meriah.






CIVIC Meetday disifatkan berupaya menukar persepsi masyarakat terhadap hobi berkereta yang dikaitkan dengan aktiviti lumba haram dan permotoran yang dipandang negatif sebelum ini.

CIVIC Meetday disifatkan berupaya menukar persepsi masyarakat terhadap hobi berkereta yang dikaitkan dengan aktiviti lumba haram dan permotoran yang dipandang negatif sebelum ini.

Sinar Turbo difahamkan, lokasi dipilih berdasarkan kedudukan yang strategik kerana berada di tengah-tengah antara daerah utara dan selatan serta memudahkan peserta dari jauh seperti Johor dan Perlis yang turut sama berkesempatan menghadirkan diri.

Objektif penganjuran program itu adalah untuk mengumpulkan sebanyak mungkin pemilik model kereta Honda terutamanya keluarga Civic pelbagai generasi.

SEBAHAGIAN pengunjung yang menyertai Civic Meetday.

SEBAHAGIAN pengunjung yang menyertai Civic Meetday.

Penganjuran acara itu telah menghimpunkan lebih 30 buah kelab kereta di Malaysia khususnya untuk model Honda Civic.

Hal itu jelas membuktikan hubungan akrab dan semangat setiakawan berjaya dipamerkan walaupun daripada rumpun yang berbeza apabila mereka dapat melakukan aktiviti secara bersama.

Geng Honda Civic

Penganjur program, Amirul Fadzlishah Mat Bas ketika ditemui Sinar Turbo merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pemilik Civic Malaysia yang hadir memeriahkan acara sepanjang berlangsung.






AH YOI

AH YOI

“Memang di luar jangkauan saya apabila matlamat utama untuk menghimpunkan semula pemilik Honda Civic pelbagai generasi bermula tahun keluaran 1990 hingga 2019 mencapai lebih 1,000 penyertaan berdasarkan bilangan sijil penyertaan yang kami keluarkan.

“Tanpa kerjasama semua pihak dan kru yang terlibat, sudah pasti program sebesar itu sukar untuk direalisasikan dengan sempurna seperti yang telah dirancang walaupun acara terpaksa dihentikan beberapa jam ekoran hujan lebat,” katanya.

Menurut Amirul lagi atau mesra disapa dan dikenali sebagai Ah Yoi, pelbagai aktiviti dijalankan pada hari tersebut seperti pertandingan autoshow, pameran dan jualan, fotobooth dan yang lebih menarik kedatangan anak-anak yatim Sekolah Agama Mahad Ulu Bernam, Selangor.






ANTARA jentera yang dipamerkan.

ANTARA jentera yang dipamerkan.

“Berkonsepkan Extreme Hardcore sebagai tema seperti tahun-tahun sudah, sebanyak empat kategori telah dipertandingkan sepanjang acara berlangsung iaitu kategori JDM, USDM, Engine Bay dan Tactical Art.Tambah Ah Yoi lagi, Honda Meet And Greet juga melibatkan peniaga kedai aksesori kenderaan, pengusaha bengkel, tayar, minyak hitam dan mereka yang berkaitan dengan dunia permotoran.

“Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Team Comunity Tanjong Malim (TMCC) merupakan tulang belakang saya yang bertungkus lumus bagi memastikan program ini berjalan lancar.

BARISAN kru terlibat yang menjayakan Hona Meet And Greet pada awal Disember lalu.

BARISAN kru terlibat yang menjayakan Hona Meet And Greet pada awal Disember lalu.

“Sekalung penghargaan juga buat semua penaja seperti Jebon Autopart, J Seven One Garaj, Ray Lelumba Garaj, Wandy Garaj, Wandy Exzaust, Nano Performent dan banyak lagi penaja yang turut sama menaja hadiah dan hamper untuk pemenang cabutan bertuah dan autoshow,” ujarnya.

Ujar beliau, pertemuan itu juga telah menjadi kesempatan terbaik untuk peserta berkongsi maklumat dan pengalaman berkaitan hal teknikal, alat ganti termasuk aksesori kenderaan.






HUJAN lebat yang turun tidak mematahkan semangat para peserta untuk meneruskan program seperti yang telah dirancang.

HUJAN lebat yang turun tidak mematahkan semangat para peserta untuk meneruskan program seperti yang telah dirancang.

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *