Honda E bukti perkembangan tenaga elektrik 2030

Honda E bukti perkembangan tenaga elektrik 2030

HONDA terus komited dalam memberi kemudahan dan nilai tambah kepada pengemar kenderaan masa depan jenama itu dengan mengumumkan jenama nama baharu yang mewakili teknologi elektrifikasi kecekapan tinggi, Honda e:Technology dan Honda Fit 5 (Home, Crosstar, Luxe, Ness, dan Basic) di Tokyo Motor Show 2019 semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Honda, Takahiro Hachigo berkata, sudah menjadi hasrat Honda membantu pengguna di seluruh dunia dalam mobiliti dan kehidupan seharian mereka menerusi pelbagai produk, termasuk motosikal, kereta, produk kuasa dan jet perniagaan.

Menurutnya, cadangan untuk memperluaskan potensi tenaga elektrik menjadi faktor utama yang akan membolehkan Honda memenuhi Wawasan 2030 dan memperluaskan potensi kehidupan pengguna dan masyarakat.

“Kami telah berusaha untuk membantu individu dalam kehidupan seharian mereka sejak lebih 20 tahun lalu dan pada masa sama kami telah memperkembangkan produk yang menjana kuasa serta tenaga seperti generator dan juga enjin pelbagai guna.

“Malah kita juga telah memperkenalkan teknologi yang menghubungkan tenaga elektrik seperti Power Exporter 9000 yang membolehkan elektrik dihasilkan oleh output luaran kenderaan dan beteri mudah alih bagi memudahkan pengguna,” katanya.

KETUA Pegawai Eksekutif Honda,Takahiro Hachigo memperkenalkan kereta Honda E ketika di Tokyo Motor Show 2019.

KETUA Pegawai Eksekutif Honda,Takahiro Hachigo memperkenalkan kereta Honda E ketika di Tokyo Motor Show 2019.

Dalam pada itu, Hachigo berkata, menerusi pengenalan dua produk baharu itu Honda bukan sahaja mampu memudahkan mobiliti pengguna bahkan turut menyumbang kepada merealisaskan usaha masyarakat bebas karbon.

Honda yang membawa mesej ‘value creation for mobility and people’s daily lives’, Honda e:TECHNOLOGY akan menggunakan aksara ‘e’ sebagai elemen utama dalam setiap pengenalan produk dan teknologi.

Manakala dalam arena automobil pula, Honda memperkenalkan e:HEV sebagai satu nama komersil bagi sistem hibrid dua motor, dan ia diposisikan sebagai salah satu teknologi elektrifikasi utama dan sistem hibrid bagi kebanyakan kereta Honda.

Antara model terawal yang bakal menggunapakai sistem e:HEV ini termasuklah Honda Jazz 2020 dan Honda Accord di mana kedua-dua model ini dijadualkan memasuki pasaran Jepun bermula Februari 2020.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *