Heritage Hotel Cameron Highland

Heritage Hotel Cameron Highland

Heritage Hotel Cameron Highland

Cameron Highland merupakan pusat percutian peranginan untuk keluarga dan teman-teman. Setelah keletihan dan kepenatan bolehlah berkunjungi ke Heritage Hotel Cameron Highland untuk menikmati suasana kesejukan diwaktu malam. Ia terletak di Jalan Gereja, Tanah Rata. Lokasi sangat strategik di mana selepas sahaja bandar Tanah Rata terus akan nampak signboard hotel. Kedudukan hotel adalah di atas bukit, mempunyai banyak deretan apartmen dan lobi hotel . Sekiranya ingin menetap di sini, pastikan tiba di Tanah Rata sebelum tengahari untuk check in sekiranya tidak mahu terperangkap di dalam kesesakkan sepanjang jalan dari Berinchang ke Tanah Rata (gara-gara pasar malam di Pekan Berinchang).

Selain itu, lokasinya berdekatan dengan tempat makan. Terdapat banyak deretan kedai makan yang menyediakan masakan panas, steamboat di malam hari dan kebanyakannya Halal. Terdapat juga deretan kedai menjual baju & barangan cenderahati Cameron Highland. Harga yang ditawarkan sangat berpatutan dan berdekatan juga dengan pekan Tanah Rata di mana ada restoran seperti Marry Brown & StarBucks.

Perkhidmatan/Servis:

  • Servis membersih
  • Servis panggilan
  • Perkhidmatan tukar duit
  • Kotak deposit keselamatan
  • Tour desk

Daya tarikan:

  • Rainforest Coffee House
  • Jasmine Garden
  • Bar
  • Bakery
  • The Grill

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi ditalian:

Alamat : Jalan Gereja, Tanah Rata, 39000 Cameron Highlands, Pahang Darul Makmur
Tel          :605-4913888
Faks      :605-4915666

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *