Hanya RM1 untuk Vivo Y17

Hanya RM1 untuk Vivo Y17

KINI, semua orang mampu memiliki Vivo Y17 yang dilengkapi dengan 4GB RAM dan 64GB memori dalaman dengan hanya mendaftar Maxis Oneplan dengan bayaran RM1 sahaja.

Lebih menarik, model Y17 yang memiliki ciri standard Ai Triple Camera itu pastinya dinanti-nantikan oleh kaki swafoto kerana peranti pintar itu membantu mereka untuk bergambar tidak kira masa ketika berlibur atau bersantai bersama rakan.

Vivo Y17 dilengkapi kamera utama 13MP ditambah kamera lebar dengan kapasiti 8MP Ai Super dan 2MP kamera dalaman selain kamera bahagian depan 20MP.

Selain diperkasakan dengan ciri kamera yang menarik, model yang terus menjadi tumpuan ramai itu dilengkapi bateri 5,000 mAh dan dipadankan ciri pengecas Fast Dual-Engine.

Walaupun ruang memori yang ditetapkan lebih rendah pada 64GB, namun Y17 menjanjikan pengalaman prestasi yang tahan lama dan memaparkan pembaca cap jari yang berteknologi dengan harga yang cukup berbaloi.

Boleh didapati dengan dua pilihan warna iaitu biru mineral dan mystic purple dan maklumat lanjut mengenai Vivo Y17 yang baru, boleh layari www.vivo.com/my.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *