Guardian tawar produk All Test hanya RM4

Guardian tawar produk All Test hanya RM4

GUARDIAN menawarkan kit ujian pantas (RTK) Antigen Covid-19 jenamanya, All Test pada harga RM4 setiap set berbanding pada harga asal RM7.55.

Ketua Pemasaran Guardian Malaysia dan Brunei, Angela Teo berkata, Guardian menyedari bahawa kebanyakan rakyat Malaysia akan bergerak atau ‘balik kampung’ pada Hari Raya Aidilfitri ini selepas lebih dua tahun dihadkan pergerakan akibat pandemik Covid-19.

“Kini dengan semua sempadan dibuka, menjadi tanggungjawab Guardian sebagai peruncit kesihatan dan kecantikan di Malaysia untuk membantu memastikan keluarga dan orang tersayang selamat pada musim perayaan dan cuti dengan menyediakan kit ujian RTK pada harga yang berpatutan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, Guardian yakin dengan harga RM4 untuk setiap set, ia berpatutan dalam pasaran dan akan membantu pelanggan untuk melakukan ujian dengan lebih kerap.

“Kami berharap dengan pengurangan harga ini, mereka boleh melakukannya sendiri sekiranya perlu melawat ahli keluarga dan rakan-rakan pada Hari Raya Aidilfitri nanti,” ujarnya.

Dalam pada itu Angela berkata, ujian RTK Antigen Covid-19 jenama All Test boleh didapati di semua kedai Guardian dan dalam talian selagi stok masih ada.

Sumber