GTR optimis terokai Asia Tenggara

GTR optimis terokai Asia Tenggara

PENGENDALI hab kargo udara, Ground Team Red (GTR) optimis melebarkan sayap perkhidmatannya ke Asia Tenggara selepas negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Ground Red Team Kevin Chin berkata, ini kerana perkhidmatan kargo udara dijangka akan terus berkembang.

“Dengan pemain e-dagang global yang melabur di rantau ini, peningkatan kapasiti dan digitalisasi akan meningkatkan perkhidmatan pengendalian kargo udara,” katanya.

GTR merupakan sebuah syarikat usaha sama antara AirAsia Bhd dan SATS Ltd.

Hab kargo udara GTR terletak di Kargo Udara KLIA Terminal 1 (KACT 1) meliputi kawasan seluas 93,000 kaki persegi dan dibina dengan kos RM 23 juta.

Kawasan tambahan ini turut bergabung dengan gudang seluas 40,000 kaki persegi sedia ada dan kemudahan ini mampu mengendalikan sebanyak 300,000 tan muatan setiap tahun selari dengan matlamat Malaysia untuk menjadi hab logistik serantau.

Hab kargo udara ini membolehkan GTR untuk mengembangkan keupayaannya dengan mengendalikan operasi kargo pesawat berbadan kecil dan lebar serta mempunyai sistem pengendalian bahan bermotor yang memudahkan pengendalian Unit Beban Peranti (ULDs).

Ia juga mempunyai kemudahan rantaian sejuk setinggi 10,000 kaki persegi dibina khas untuk pengendalian khusus bagi produk mudah rosak dan farmaseutikal.

Perasmian hab kargo udara GTR disempurnakan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes.

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *